SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Januari 2011

LATIH LEBIH BANYAK ANAK TEMPATAN SEBAGAI GURU

Utusan Malaysia
3/1/2011




KUCHING 2 Jan. - Pembangunan sektor pendidikan negara akan terjejas sekiranya tidak ramai anak tempatan dilatih sebagai guru khususnya di Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama, Persatuan-Persatuan Guru Sabah dan Sarawak, William Ghani Bina berkata, ia kerana pada saban tahun jumlah permohonan perpindahan guru ke Semenanjung amat tinggi sekali gus menggugat perancangan Kementerian Pelajaran.

Justeru beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah warga perguruan di dua negeri itu terdiri daripada anak-anak tempatan.

"Kita tidak boleh sama sekali mempersalahkan guru-guru ini, masalah mereka perlu difahami terutama bagi yang terpaksa berpisah dengan keluarga di Semenanjung.

"Perpisahan itu bukan sahaja meningkatkan perbelanjaan kerana perlu ada 'dua dapur' malah emosi turut tertekan sehingga menjejaskan tumpuan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, William Ghani berkata pihaknya sedar bahawa sebagai penjawat awam, warga perguruan perlu akur dengan arahan lokasi tugas walaupun di kawasan pedalaman sekalipun.

Bagaimanapun katanya, pertimbangan perlu diberikan kepada guru-guru yang telah berkeluarga dan telah lama berkhidmat.

"Saya menyokong sepenuhnya bahawa sebagai penjawat awam, semua warga perguruan perlu bersedia untuk dihantar bertugas di mana-mana sahaja.

"Saya yakin mereka juga faham dengan kewajipan itu namun kita tidak mahu dunia pendidikan menjadi punca kepada permasalahan guru sehingga keluarga mereka berpecah belah.

"Bukankah pendidikan itu penting untuk memajukan keluarga, masyarakat dan negara? Jika dunia pendidikan itu menyebabkan keluarga warga perguruan kacau-bilau, ia bukan contoh yang baik," tegasnya.

Justeru kata beliau, adalah lebih baik hanya guru-guru yang baru menamatkan pengajian dihantar ke Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman lain di seluruh negara sebagai satu bentuk pendedahan.

"Dengan itu apabila mereka naik pangkat sebagai pemimpin di jabatan pelajaran negeri mahupun kementerian, mereka lebih memahami masalah yang dihadapi guru-guru di kawasan berkenaan," jelasnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

90 peratus guru-guru yg bertugas di Sabah & Sarawak haruslah daripada org Sabah & Sarawak, kesian juga kpd guru-guru semenanjung yg sudah berkeluarga dan juga membuktikan org sabah & sarawak mampu menjadi warga pendidik....

Tanpa Nama berkata...

saya juga bersetuju kerana, kalau guru asyik bertukar, pelajaran anak murid sekolah akan terganggu kerana cara pengajaran setiap guru sudah semestinya berbeza...

Tanpa Nama berkata...

tak usah lah ambil saja guru dari semenanjug penuh kan di bandar sarawak dan sabah.dapatkan semua kemudahan utk mereka dan bagi orang sabah dan sarawak hantar keulu-ulu pendelaman pisahkan dari anak dan isteri, oh jadi guru dari semenanjung saja yang ada isteri dan anak guru sabah dan sarawak tak ada anak dan isteri.

Tanpa Nama berkata...

lantik je org dari ulu-ulu pendelaman jadi guru untuk anak-anak org ulu-ulu pendelaman...tiada lagi kes orang sabah dan sarawak dipisahkan dari anak dan isteri.....guru-guru asal semenanjung, ajar di semenanjung...guru-guru asal org bandar sabah & sarawak, ajar di bandar sabah & sarawak....guru-guru asal ulu-ulu pendelaman, ajar di ulu-ulu pendelaman.....

Tanpa Nama berkata...

ape ke hal la korang ni..main anto sabah, sarawak n semenanjung plak..klu da nk jd cikgu tu time je la kenyataan kne antao kt mne2 pon..da itu yg deme pilih..bukan kompeni sendiri sesuka je nk kje negeri mne daerah mne..gaji byk nak, berkorban demi ank bangsa n tanah air pyh bebenao..dah klu cm2 x pyh nk jd cikgu..kje je bwk teksi..bile2x je ble blik umah jgk ank n bini..

Tanpa Nama berkata...

Waktu temuduga kerja.. Bila ditanya anda sanggup ditempatkan dimana-mana walaupun sabah, sarawak atau semenanjung.. jadi anggukla iya dan kata saya bersedia untuk ditempatkan dimana-mana.. Bila dah dapat kerja.. dihantar ke ceruk pedalaman sket dah mengeluh... sebelum dapat kerja sanggup aje.. bila dah dapat kerja, banyak songehla pulak...

Tanpa Nama berkata...

apa la kau org ni...beri lah peluang kepada pemimpin buat keja...kalau tak memuaskan...2013 ni kita turunkankan mereka...cuba kau org berfikir sejenak...nak tunaikan lebih sejuta permintaan...adakah mampu oleh mereka..cara dia org minta tu o.k laaaa..dia orang minta secara global...bukan ikut personal...semua pakat merasa...kau org nak tunai permintaan anak-anak & isteri pun tak tertunai..sudah jangan mengata orang...kita pakat-pakat renung diri sendiri...kita semua ni banyak sangat ka keja...ikut time ka kita kerja...ikhlas ka kita keja...

rakyatsandakan berkata...

ada beberapa guru di sabah dikesan tidak mahu menyokong UMNO, kami amat harap agar KPM hanya menghantar ahli UUMNO utk menjadi guru disini. Kami lebih rela tiada guru langsung daripada membiarkan guru disini mengundi pembangkang.