SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Februari 2011

BTN BUKAN BADAN TENTU GAJI KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
Oleh Faiza Zainudin
2011/02/11



Agensi JPM perjelas kenyataan CUEPACS isu agihan

KUALA LUMPUR: Biro Tata Negara (BTN) hanya menjalankan kursus kenegaraan, bukannya badan yang bertanggungjawab menaik atau menurunkan gaji kakitangan awam, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Shagul Hamid Abdullah.

Beliau berkata, agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu melaksanakan kursus kenegaraan, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Satu selaras dengan surat pekeliling perkhidmatan Bil 1 2003 bertajuk Pelaksanaan Kursus Kenegaraan. “Bagaimanapun, kerajaan memutuskan kursus PTK dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari lalu seperti dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2010 bertajuk ‘Pemansuhan Tahap PTK’ yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 30 November 2010. “Pemansuhan ini juga membabitkan kursus kenegaraan PTK Satu yang dilaksanakan BTN,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan CUEPACS yang mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hinggga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras empat tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan BTN menghentikan kursus yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng dilaporkan berkata, penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Shagul Hamid berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai pemansuhan kursus itu kepada semua Ketua Setiausaha kementerian pada 10 Januari lalu.
Pada masa sama, katanya, pemansuhan pelaksanaan kursus kenegaraan itu juga dimuatkan dalam laman web BTN. Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah... jelas pertanyaan Cuepacs adalah "pekerja yang mendapat aras 4, tidak dapat anjakan gaji kerana kursus BTN sudah tidak boleh diambil". Apa kaitan BTN yang tentukan naik gaji atau turun gaji nie? Apa maksud Ketua Pengarah dengan ayat yang tidak seberapa betul diterangkan? (Ke Berita Harian yang salah tafsir ayat KP nie?) Malunya saya membaca pandangan yang tidak selari dengan maksud Presiden Cuepacs!

Tanpa Nama berkata...

Perlu selari dengan konsep dan slogan kalau mau tranformasi sebenar bukan hanya momok2an saja,
Telus dan berintegeriti ?

Tanpa Nama berkata...

confuse ni..
aku lulus exm ptk bulan 6 2010..
kerani minta slip gaji terbaru ker..
xde plak mintak sijil BTN!!

ble je naik gaji..
minta cuepacs siasat btul2 dakwaan ni..

Tanpa Nama berkata...

Emm...setahu aku aras 4 dan menghadiri BTN sekali dalam penjawatan perlu untuk mendapat kenaikan pangkat sekaligus anjakan gaji..

Tanpa Nama berkata...

apa la korang, syarat untuk mengambil PTK ialah lulus kursus kenegraan terlebih dahulu la. yang gatal 2 pi ambil PTK dulu tu apahal. pi la kursus kenegraan di BTN dulu. Baca baca la pekeliling berkaitan. rajin membaca luas pengetahuan.

Tanpa Nama berkata...

ramai lg yang dah dpt aras 4 PTK tp tersekat untuk anjakan gaji ke P2 kerana sangkut tiada sijil BTN, sblm BTN dimansuhkan lg dah apply kursus itu tp tak dipanggil.... skrg nak aplly dah tak boleh... so apa nasib pegawai2 ni?? sedangkan kawan seangkatan dah menikmati anjakan gaji RM200 - RM400..??

Tanpa Nama berkata...

tunggu lah...pekeliling baru lah gamaknya

Tanpa Nama berkata...

xde rezki la nmpknya tu...cuba lg la yerrr...Insyaallah mgkin ade rezki yg lbih baik jika kita redha dgn apa yg berlaku..

yang berang berkata...

hangpa tak sedar ke tak ingat.. ptk2 ni masa zaman paklah itu hari zaman ISLAM HADARI sekang dah masuk zaman 1 MALIZIA idea najis..
pemerintahan klu tak berlandaskan agama ISLAM yang Syumul memang macam ni la jadinya.. lain kapla lain ekornya mana relevan lagi dah PTK2di zaman 1 najis niihhh.. adela pulak idea bangsat yg akan diberitahu nanti yang pasti tu semua nak menyusahkan rakyat marhaen yang bekerja dalam sektor awam.. kapla dungu diorang tu bukannya nak pikirkan masalah rakyat yang depa pikir camane nak ngabis duit rakyat masuk poket sendiri melalui projek2 pembangunan sebab tu parti Babi Negara mana nak pikir camane nak tegakkan syariat Islam camane nak cari penyelesaian keruntuhan akhlak, hangpa tengok ulamak2 setan bisu apa yang di strategikan?? yang dilaung-laungkan pembangunan pembangunan pembangunan.. PIKIRLA SENDIRI!!!

rashidi berkata...

kami para PA sepakat menyokong barisan nasional BN dan Umno, yg mana telah nyata banyak berjasa pada PA dengan emmbayar gaji dan bonus rm500 tahun lepas, tahniah BN, kami berjanji terus mengundimu nanti.

Jgn peduli komen2 semua, mereka pastilah sokong pembangkang, dan dengki dengan kejayaan ahli2 Umno

Tanpa Nama berkata...

Bagus! Sokonglah Bee End dan UMNO-APCO. Anda akan dapat bonus RM500 lagi tahun ini. Itulah bonus negara berpendapatan tinggi!!! Pak Lah yang tak buat slogan 'Negara berpendapatan tinggi' pun bagi bonus 1 bulan gaji, bagi elaun cola lagi. Ini Najib, gendang tong kosong je, pukul canang serata dunia, kata negara ke arah berpendapatan tinggi. Tuiii... Baik bagi Rosmah shopping dan melancong ke luar negara. Duta khas kerajaan Malaysia, kununnya. Poorah...Kerajaan Laki Bini, Najib-Rosmah!

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED berkata...

mereka memfitnah kononnya Datin Rosmah kuat shopping, ini tidak benar. Kami PT Persekutuan menolak kata2 pembangkang yg cuba memfitnah BN kononnya barang naik harga, sesungguhnya tiada bukti kukuh mengatakan rakyat semakin susah, ini disahkan sendiri oleh YB Dato Rais sendiri

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak dpt anjakan gaji..kalau amik PTk tanpa pergi ker BTN..baca Pekeliling la...

yg org cuepacs pun satu hal..kursus BTN di tangguh untuk sementara waktu pun tak tau...pekeliling dah keluar lama dah..tahun lepas kalau tak silap...amik tau sikit wahai pegawai2 tertinggi cuepacs..jgn semua benda nak kena suap dlm mulut..bikin malu union la...

BLADE..

Tanpa Nama berkata...

Mana yg betul ni... kami tahu BTN memang takda kuasa menentukan gaji tapi sbbkan Krusus BTN salah satu kelayakan anjakan gaji... itu maksud sebenar... lain yg ditanya, lain yg dijawap... pening ke?

markiman berkata...

sapa pertikai BTN mmg babi dan x bersyukur kepada Umno

Tanpa Nama berkata...

woi markiman,bawakla bertaubat..aku akan hanya bersyukur pada Allah sahaja..bukan pada UMNO!!!!! dan lagi satu nak habaq mai..duit yang UMNO guna tu adalah duit rakyat, hak rakyat dari cukai dan macam-macam lagi...tolong jgn lengahkan sistem baru..kalau nak ganti ptk biar telus..ingat.. rakyat berhak memilih siapa yang layak memerintah negara ini..

Tanpa Nama berkata...

Nak harap sokongan rakyat "jangan anak kera disusukan, anak sendiri minum mineral je". Harap bonus utk setahun pun susah. Buat semua orang makin meluat tunggu. Beban duk bertambah. Naik gaji memang tak nampak bayang kot.

budakkampong berkata...

aku ni bulan 4 ni genap 3 tahun keja,tapi dok tunggu pengesahan jawatan sampai la ni tak nampak bayang,tanya KERAni kat pjabat cakap HQ tak bagi jawapan pa lagi..pening-pening,ada sapa2 kat sini boleh bagi padangan sikit,apa benda lagi syarat2 pengesahan jawatan nihh,kursus induksi/umum dua2 dah pi..lagi apa kursus kena p lagi tak tau la? mentang-mentang aku ni pengawal keselamatan ja dipandang sepi ja nihh..

Tanpa Nama berkata...

persepsi ptk patut diubah , bukan saja pada yang lulus ptk 4 mendapat anjakan gaji sepatutnya lulus ptk 3 juga mendapat anjakan gaji seperti menegak atau melintang contoh sesiapa yang dapat ptk lulus 3 mendapat anjakan gaji menegak dan sesiapa yang lulus ptk 4 mendapat melintang dan kenaikan pangkat , jadi tak la kita semua terasa aniaya.jpa perlu sedar betapa kami semua bersusah payah untuk lulus dapat 4 tapi takde rezeki dengan beban kerja yang teruk dan payah,mana nak baca buku lagi masalah keluarga lagi.saya harap jpa ubah la persepsi ptk tu.

Tanpa Nama berkata...

gaji tak naik2. harga rumah makin melambung.. kos sara hidup makin meningkat..kami yang sokongan 2 selalu diabaikan.. tak pernah dapat keistimewaan.. yang dapat sokongan 1.. kalau tak ada kami sokongan 2 yang buat kerja..lingkup la sokongan 1 yang suka buat arahan..
ujian PTK pelik pula.. rakan2 saya cuba nak buat kajian..bagi jawapan yang sama untuk ujian PTK,tapi yang lulus cuma 2 orang..ikut kuota ke? saya ujian PTK,satu dapat aras 4,satu dapat aras 3..berkali-kali ambil tak lepas.. tak payah la ujian PTK tu,buang masa..