SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Mac 2011

GANJARAN PENUH

Berita Harian
Oleh Azrina Ahzan dan Sazarina Shahrim
2011/03/23



Penjawat awam pilih bersara awal diberi imbuhan sekali gus: Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma. "Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, menteri-menteri Kabinet.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,757 penjawat awam itu turut disaksikan secara langsung oleh 570 penjawat awam di Sarawak dan Sabah yang mengikutinya secara sidang video di kedua-dua negeri.

Mengulas keistimewaan yang bakal dinikmati pesara Skim KWSP itu, Najib berkata, ia tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

Katanya, ia juga hanya boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan nak umumkan kenaikan gaji ke..elaun ke..Rupanya hampa je...

Tanpa Nama berkata...

TAK RAK APA PUN, bagaimana guru2 kita dengan ganjaran buku jingga,
begitu juga penjawat awam dengan skim yg lebih baik yg berorentasikan dengan ekonomi sama-sama untung atau sama-sama dapat atau dengan lain perkataan merakyatkan ekonomi negara, bukan hanya segelintir yg mengaut kekakyaan negara

Tanpa Nama berkata...

bila gaji N17 ni nak disemak semula..?

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR - Pasukan Pertahanan negara perlu menjauhkan diri daripada menjadi instrumen politik kepartian atau instrumen politik individu hingga menyebabkannya melakukan perkara yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keadilan.

Komander Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Senggara Perhubungan, Brigadier Jeneral Raja Nazrin Shah bertitah, pasukan itu perlu mempertahankan profesionalisme dengan tidak membenarkan penyerapan masuk anasir politik kepartian mahupun agenda sempit individu.

"Kredibiliti dan integriti pasukan hendaklah sentiasa dipertahankan berlandaskan atas prinsip berkecuali, berdisiplin, adil dan saksama supaya peranan pasukan pertahanan ketika menghadapi sesuatu krisis dan situasi darurat tidak diragui malah dihormati, disanjung dan diterima tanpa sangsi serta prejudis," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah demikian semasa merasmikan Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan 2011 di Kem Wardieburn, Setapak di sini semalam.

Begitu juga diharapkan kepada Jabatan Polis agar tidak tidak dipengaruhi politik kepartian atau individu berkepentingan dan berkhidmat dibawah payung diraja sebab itulah disebut polis diraja Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Petikan dari ucapan dari bijan kazar

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Saya cadangkan bermula dgn En.Najib dulu.

Tanpa Nama berkata...

PM inilah PM cipta sejarah yang langsung tak membela nasib PA

Tanpa Nama berkata...

Mingikut firasat saya..PM Dato Sri Najib akan bagi pelarasan gaji PA tahun ini...sabar ya semua...tapi biarlah peyelarasan gaji itu seimbang untuk semua kumpulan jangan jadi macam 2007...kajian mendalam untuk peratusan Kumpulan C(17-26) yang hanya menerima 25% sahaja....sepatutnya 5% lebih baru seimbang.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan xdak duit..jgn dok beharap..nk pilihanraya kene pakai duit banyak..berangan je la semua PA

Tanpa Nama berkata...

kami takmau benda2 bodo tu najib oiii...kamimahu pelarasan atau kenaikan gaji...

Tanpa Nama berkata...

"Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi,"


cakap pun tak guna, naikkan gaji la!!!

Tanpa Nama berkata...

RAJA PANTUN BERKATA:

Sengsara, perit hidup merana,
Harga barang melambung hidup tak ceria,
Apa dah jadi dengan dunia,
Sehingga hidup jadi tak bermakna.

Penjawat awam tulang belakang Negara,
Kpi menjadi penanda prestasi,
Sampai bila nak tunggu kerajaan kita,
Nak naikkan gaji untuk mengimbangi kos hidup masa kini.

Kakitangan awam muflis semakin ramai,
Gara-gara berhutang tak mampu bayar,
Angkara kos sara hidup tinggi sampai tergadai,
Produktiviti merosot, prestasi kerja pun hambar.

Itulah antara ragam manusia,
Kesejahteraan hidup harus dibela,
Pemangkin pembangunan dan kemajuan Negara,
Agar semuanya hidup selesa.

markiman berkata...

BN dah banyak membuat kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kita semua PA selaku tulang belakang Umno dan BN, wajib mmastikan setiap rakyat menyokong BN. Jika kita dapati ada pelanggan kita org pembangkang, wajar kita melambatkan permohonannya selagi dia masih belum kembali ke pangkuan Islam sebenar, yakni BN dan Umno

Tanpa Nama berkata...

markiman boleh la gaji besar!! aku kalau gaji besar pun nak mengampu mcm markiman jugak!!!

Tanpa Nama berkata...

wooii....sabar la..kerajaan tak da duit la ni..kerajaan dah sengkek la...duit semua dah habis dilaburkan ke perkara2 yang menguntungkan poket kroni je....sabar la ye...

Tanpa Nama berkata...

mane dtg markiman nih...kita sbg PA bekhidmat dibwh YDP Agong, bkn untuk BN @ UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Kita PA nak nagi gaji!Gaji tau tak???

manaf Jeli berkata...

pemimpin UMNO ikutan mulia,
rakyat maju makmur di tangannya,
semua jalan air api dibuat olehnya,
sokong hanya BN untuk akhirat jua

Pemimpin Umno amatlah mulia,
agama dijulang bangsa digenggam,
anti rasuah itulah akadnya,
pemimpin yg BN sentiasa dijulang

doctor pakar otak berkata...

najib otak kat lutut...

Tanpa Nama berkata...

salah.. najib tarak otak langung!

pt berkata...

markiman... hang ni org tak berwawasan. PA ni keja untuk rakyat bukan utk parti. kalu mak hang parti UMNO, ayah PAS, adik DAP,MIC,BEBAS hang nak pilih mana???? jawab leee. fikir dulu le sebelum berforum... ngok

Tanpa Nama berkata...

markiman tu dah sesat..

ada ke cakap BN n UMNO tu islam sebenar!!!

Tanpa Nama berkata...

Woi duit hantar ke SARAWAK.

Bagi ganjaran PENUH konon. Gaji pun ciput, GANJARAN penuh pun hampehhhh le.

Tanpa Nama berkata...

Promosi! Promosi!.. Kepada sesape yang berminat untuk tayangkan citer lucah kepada umum.. sekarang la waktunya... kerana polis pun x tangkap punye.. korang boleh buat sidang media lagi.. hehehe...

Tanpa Nama berkata...

mnaf pondan buat pantun pun tak reti...

2bz4money berkata...

Pengumuman pasal ganjaran pencen awal tu sudah agak basi. Tahniah buat pesara EPF yg berhak mendapat kemudahan kesihatan. Exit policy adalah satu cara utk down/right sizing saiz perkhidmatan gomen. Kita bole saksikan nanti PA2 yg x kompeten diberi jalan keluar..

Tanpa Nama berkata...

Tabik Springlah akau pada raja Pantun memang kena dan teapat.

Disini aku sambung sikitlah pantun tu, sedap juga sesekali kita berpantuin pula.

Penjawat awam resah hidup tak tentu arah
Bila kos sara hidup semakin meningkat semakin parah
prestasi produktiviti pula sering dikerah-kerah
Kadar Penyakit darah tinggi makin bertambah-bertambah.

Pilihanraya umum masanya dah sampai dah
segala fitnah dan keburukan mula di dedah-dedah
Kalau penjawat awam ingin kehidupan lebih terselah
Gunakanlah peruntukan ini untuk kita berubah

Wasalam.

Tanpa Nama berkata...

markiman ni klau kerajaan memerintah bertukar wajib brenti keje...sbb die keje ngn BN @ UMNO je...

Tanpa Nama berkata...

Ingat banyak lah pengumuman gembira PM nak sampaikan...hmmm....sadis tul
harapan tinggal harapan

mytadbir berkata...

CUEPACS hanya pandai membuat janji tetapi tidak pandai melaksanakan. Jangan perjuangkan sesuatu yang tidak mungkin diperolehi. Penjawat Awam bukan minta sedekah pada setiap tahun menagih 'apakah bonus boleh dibayar'. CUEPACS sepatutnya memperjuangkan isu BONUS ini supaya ditetapkan dibayar pada setiap tahun sepertimana Pekerja Swasta. Hanya jumlah sahaja yang akan dibincangkan seimbang dengan keuntungan yang Kerajaan perolehi. Tindakan CUEPACS didalam isu ini perlulah relevan dengan keadaan semasa 'dan kita tak perlu meminta-meminta seperti peminta sedekah'. Kerajaan perlu ada toleransi dan Pembayaran Bonus tidak perlu menagih simpati dari Kerajaan semata-mata tetapi perlu ditetapkan dan jumlah itu tidak penting kerana kini Jentera Kerajaan mencapai tahap yang lebih memberangsangkan kerana hasil yang telah dipertingkatkan. Penjawat Awam telah melakukan yang terbaik, dimanakah tanggongjawab Kerajaan kini? CUEPACS jangan selalu bermain politik.

Cakap setakat nak pilihanraya boleh cakap apa sahaja, kena tunggu Pekeliling JPA dulu. Dulu pun cerita yang sama sekejap boleh bayar 100% sekejap bayar 20%. Kalau nak dekat pilihnaraya tu pelbagai janji. CUEPACS jangan terperangkap dengan janji pilihanraya. Yang penting CUEPACS kena perjuangkan Bayaran Bonus dijadikan tuntutan tetap tahunan seperti Pekerja Swasta, itu lebih baik.

Kepada kekawan yang nak berjuang, sertai komuniti kami di http://mytadbir.blogspot.com
Kami amalkan kebebasan bersuara.

Tanpa Nama berkata...

agak2 konvensyen tu berbaloi tak? atau hanya membazirkan duit rakyat sahaja!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

membazir duit rakyat je...kalau nak umumkan semua tu baik umumkan sahaja di dataran semasa penjumpaan dengan PM sahaja...membazir masa penjawat awam yang banyak lagi keja nak buat..membazir wang dan tenaga

Tanpa Nama berkata...

Bantulah Penjaga jentera elektrik.. perbezaan ketara benar antara gaji penjawat awam dgan swasta.. knapa pihak swasta sggup membayar sehingga 3x ganda dari gaji pokok penjawat awam? apakah kerajaan tidak mengiktiraf sijil kompeten kami.. kalau begitu jumudkan sahaja skim tersebut dan biarlah juruteknik berkuasa penuh keatas pepasangan elektrik dan akta bekalan elektrik itu boleh dikecuali dimana2 banggunan kerajaan.Itukah yg dinamakan keadilan dalam kerajaan.. kebanyakan pepasangan di banggunan milik kerajaan tidak berdaftar sedangkan suruhanjaya tenaga itu wujud untuk menguatkuasakan undang2 akta bekalan elektrik, adakah banggunan milik kerajaan ini terkecuali dari undang2 tersebut? renung2kan lah..

Tanpa Nama berkata...

syarat lantikan penjaga jentera elektrik : memiliki sijil rendah pelajaran. Adakah kerana ini kami dibayar gaji yang rendah? apakah nilai sijil kekompetenan kami? diswasta gaji chargeman dibayar atas pengalaman dan sijil kekompetenan yang di miliki. Chargeman juga layak memegang jawatan eksekutif penyelengaraan dan yang paling tinggi setakat ini penolong pengurus penyelenggaran.Hingga begini swasta mengiktiraf seseorang yang memegang sijil kekompetenan tersebut.Dan baru-baru ini BNM telah menawarkan jawatan pegawai penyelenggaraan keatas chargeman A4/Bo mengapa tidak jpa memberi skim jawatan yg sebegini kepada penjaga jentera elektrik gred r22/r24? = Kami yg kecewa...

Tanpa Nama berkata...

Haha btol.. krjaan pndai plih org goyang kaki saja.. P. J. E yg ada kompeten pn gred tukang.. tak nmpk keadilan tu