SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Oktober 2011

CUEPACS PUJI UUM BIAYAI PENGAJIAN KAKITANGANNYA

SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Oleh: Samsudin Oli Mohamed
Gambar Oleh: Muhammad Shamsul Shafie


UUM ONLINE: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman memuji langkah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang membiayai kakitangan sokongannya untuk menyambung pengajian mereka di kampus ini.

Katanya langkah ini dilihat dapat memberi peluang kepada staf sokongan terutamanya bagi meningkatkan ilmu pengetahuan masing- masing. Dengan adanya kelayakan yang lebih tinggi maka staf terlibat akan mendapat peluang kenaikan pangkat atau kerjaya yang lebih baik selepas mereka tamat pengajian kelak.

“Cuepacs berharap langkah UUM membiayai kakitangannya untuk melanjutkan pengajian akan dapat diikuti oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain dinegara ini, “ ujar beliau ketika mengulas ucapan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dua Tahunan Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia (KESKA) di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen kampus itu baru-baru ini.

Dalam ucapan itu Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak UUM sehingga kini memberi lima tempat untuk kakitangannya cuti belajar separuh gaji dan akan memberi peluang untuk membiayai sepenuhnya sekiranya ada kalangan staf yang menunjukkan prestasi dan mempunyai ciri kepimpinan yang baik.

“Kita akan memilih dan memberi peluang kepada kakitangan yang berpotensi dan bakat tertentu untuk membiayai pengajian mereka sepenuhnya sekiranya ada yang layak, “ ujar beliau lagi.

Dalam pada itu Naib Canselor yakin Bajet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengimbangi kepentingan negara dan keperluan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Rata-rata rakyat sedang menunggu pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan gaji minimum yang diketengahkan oleh Cuepacs agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka dalam bajet 2012 Jumaat ini, “ ujar beliau lagi.


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah UUM, universiti yg cukup prihatin pada stafnya berbanding kami staf sokongan kerajaan, kami telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan master tapi sayangnya dah 7-8 tahun graduate tapi tak di beri peluang ke jawatan setaraf dgn kelulusan kami, malah disisihkan. Berkorban kami semasa berlajar atas saranan kerajaan, tinggal suami-isteri dan anak-anak, ribuan ringgit dihabiskan, ada yang terkorban kemalangan jalanraya dsbnya semasa berlajar, di caci ketua jabatan kerana cuti berlajar dan diberi prestasi yang terlalu rendah, tidur di masjid dan surau kerana kekurangan wang, berpuasa kerana wang utk keperluan berlajar, mengetepikan keperluan anak yg sedang berlajar serta permakanannya yg sihat dan berbagai lagi kepahitan yg kami harungi.. segala usaha kami tidak dihargai langsung untuk diberi peluang menjawat jawatan yg setaraf dgnnya.. kami mahu kerajaan yang adil,telus dan berkebajikan didunia dan akhirat.. KAMI MEMIMPIM..!!!

Siti Zainab berkata...

tahniah UUM, bukti jelas betapa pemimpin Umno dan BN sentiasa mnegambil berat tentang pendidikan di Malaysia.

Kerajaan Islam BN sentiasa menyahut seruan Rasulullah, salah satunya ialah menggalakkan pengajian tinggi dan membayar gaji pekerja.

Nyatalah bahawa BN ialah pengamal Islam sebenar, dan wajib disokong oleh semua PA.

Juruteknik Komputer berkata...

UiTM pon dah buat. bg pembiayaan kpd staf sokongan. Tq dato' Sahol. VC uitm.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah UUM Pemimpin dihormati kerana peka dengan kakitangannya. Warga UUM patut berbangga dengan kepimpinan UUM kerana sentiasa mengambil berat terhadap kakitangannya.

Tanpa Nama berkata...

Wah untungnya UUM

Tanpa Nama berkata...

Tengah mengintai ada dak peluang kerja di UUM nak berhijrah lah. Ada sesiapa boleh tolong.

Tanpa Nama berkata...

BILA LAGI UNIVERSITI KAMI AKAN IKUIT JEJAK UUM.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah UUM, universiti yg cukup prihatin pada stafnya berbanding kami staf sokongan kerajaan, kami telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan master tapi sayangnya dah 7-8 tahun graduate tapi tak di beri peluang ke jawatan setaraf dgn kelulusan kami, malah disisihkan. Berkorban kami semasa berlajar atas saranan kerajaan, tinggal suami-isteri dan anak-anak, ribuan ringgit dihabiskan, ada yang terkorban kemalangan jalanraya dsbnya semasa berlajar, di caci ketua jabatan kerana cuti berlajar dan diberi prestasi yang terlalu rendah, tidur di masjid dan surau kerana kekurangan wang, berpuasa kerana wang utk keperluan berlajar, mengetepikan keperluan anak yg sedang berlajar serta permakanannya yg sihat dan berbagai lagi kepahitan yg kami harungi.. segala usaha kami tidak dihargai langsung untuk diberi peluang menjawat jawatan yg setaraf dgnnya.. kami mahu kerajaan yang adil,telus dan berkebajikan didunia dan akhirat.. KAMI MEMIMPIM..!!!

*****************************
Pengalaman yg sama dilalui saya, tidur di masjid univ .. wang utk klrga, pend anak2 .. perlu dicatu.
Saya dpt ijazah pertama masa anak saya no.3 umur 1 tahun. Skrg anak saya itu, tahun pertama di UUM. Kemudian, saya buat Master .. hingga kini saya masih bertaraf Staf Sokongan.
Alhamdulillah rezeki adalah pemberian Allah swt. Saya redha dgn Ketentuan Allah swt.
(Usah menangis .. saya dah puas menangis ..)

Tanpa Nama berkata...

Siti Zainab berkata...

tahniah UUM, bukti jelas betapa pemimpin Umno dan BN sentiasa mnegambil berat tentang pendidikan di Malaysia.

Kerajaan Islam BN sentiasa menyahut seruan Rasulullah, salah satunya ialah menggalakkan pengajian tinggi dan membayar gaji pekerja.

Nyatalah bahawa BN ialah pengamal Islam sebenar, dan wajib disokong oleh semua PA.

Selasa, Oktober 04, 2011 8:21:00 PM

Woiii!!! mangkuk hayun!!!...apa kena mengena Umno & BN hal ni...bodoh nak mampus...

Tanpa Nama berkata...

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

kami ada sijil, sepatutnya kami J41.. kami jauh lebih bijak sebab belajar lebih susah dari ijazah kejuruteraan yg mudah tu.

Mana hak kami naik ke J41? sijil poli amat bernilai malahan menjadi rebutan ramai. Wajar kiranya JPS iktiraf semua sijil poli agar setara dengan ijazah, demi menegakkan keadilan dan membantu oarang2 kelantan mencapai kedudukan yang tinggi. Kami juga menyokong Umno sepenuh hati

Tanpa Nama berkata...

lu org memang tak reti bahasa ooiii..!! kami org muda dah cakap sama lu org.. lu kerajaan tak bagi naik pangkat tak pe.. tarak bahasa punya org, cuepacs,spa n jpa, kami tau kau org tua-tua nak mampus tapi ada hati nak sapu gaji n elaun lagi.. buat turus,jusca A,B,C n gred 52-54 lu org muka tak reti malu, perut boroi.. lu org tengok org muda punya pukulan PRU-13 nanti.. kasi tendang ini kerajaan sama lu org sekali.. lu org cabar kami org muda loo..!!

Tanpa Nama berkata...

bersyukurlah dgn apa yg ada, rezeki tuhan yg tentukan. kepada yg telah dibiayai pengajiannya tahniah.. gunakanlah ilmu tersebut dgn sebaiknya.. walaupun belum dinaikkan pangkat, dapat juga ilmu dan manfaatnya.. yang muda dan panas baran tu gunakanlah akal yg waras utk bercakap atau bagi pendapat nasihat saya jgn sia-siakan hidup dgn benda xberfaedah.. kejarlah ilmu sebanyak mungkin.. dgn ilmu jugalah dapat mendekatkan kita dgn tuhan..