SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Oktober 2011

PENJAWAT AWAM PERLU TINGKATKAN PRODUKTIVITI

Bernama
9/10/2011


LANGKAWI, 8 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penjawat awam di negara ini yang berjumlah 1.3 juta orang dapat meningkatkan produktiviti, prestasi kerja dan disiplin berikutan beberapa insentif yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2012 semalam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam harus bersiap sedia untuk menambah baik perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya Cuepacs mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan beberapa insentif kepada penjawat awam pada pembentangan Belanjawan 2012 di Parlimen semalam.

"Ini adalah satu lagi kejutan yang diberi oleh kerajaan untuk penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak) di sini hari ini.

Omar berkata Cuepacs menyanjung tinggi pengumuman itu kerana 80 peratus permohonannya diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata antaranya ialah pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan kenaikan gaji tahunan yang lebih baik.

"Had umur persaraan yang diluluskan itu adalah selari dengan yang diamalkan oleh penjawat-penjawat awam di negara-negara Asean," katanya.

Katanya penjawat awam seharusnya mengubah sikap dan tidak harus berada di takuk lama untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

produktiviti pale hayah kau..pencen ko maksimumkan smpai ke 60thn,ko nk tingkatkan ape? tingkatkan pesakit2 darah tggi,kencing manis dgn migrain dlm jabatan? umo2 55 ke atas tu dh x wajar la nk kerah tenaga..kang kalo x sain skim baru,gji x naik,knaikkan thunan x naik..mmg dlm mse yg sme ko seolah2 memaksa la org sain skim bru ni..pndai2~ ptut bg la option ni kt gred 52 keatas (jusa2&turus2)yg mnyumbang sumbangan bsar kt jbatan. sbb yg rmai smbung kontrak lepas pencen pon smue nye gred atas2 52,54,jusa2,turus2..mne de 48 kebwh dgn sokongan dorg smbung2 offer kontrak..sedangkan tgh brkhidmat skang pon korang pndang x pndang je kitorg ni,ni kan plak mse dh umo senja2 nt. ko ingat smue org ajal lepas 60thn ke? dh bercucu pon duk thegeh2 dtg opis nk g punch card wat kje..x relevan. aku harap kerjaan yg baru nt wat la sesuatu prubahan.

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong tanpa nama diatas

Tanpa Nama berkata...

A. Farmasi
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 3 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 4 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 4 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

B. Pergigian @ Perubatan
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 2 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 3 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 3 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

C. Polis
Dari Konstabel kpd Lans Koperal => tiga tahun
Dari Lans Koperal kpd Koperal => lima tahun

D. Pendidikan
Dari Dga 29 kpd DGA 32 => 10 tahun
dari DGA 32 kpd DGA 34 => 10 tahun
Dari DG41 kpd DG44 => 10 tahun
Dari DG44 kpd DG 48 => 10 tahun

DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
Gred Khas C = 72 guru .
DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..
Guru di M'sia = more than 400 000..

Terima kasih PM kerana prihatin kepada masalah guru.