SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 September 2012

KETUA JABATAN DIINGATKAN TIDAK ABAI KEBAJIKAN DAN KEPEERLUAN ANGGOTA BAWAHAN - KSN

Bernama
14/9/2012


KUCHING, 13 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pada Khamis mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan agar sentiasa mengambil berat kebajikan serta kemudahan kerja penjawat awam di bawah jabatan masing-masing.

Beliau berkata jangan hanya mengharapkan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia kepada rakyat namun pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana sebaliknya.

"Ketua jabatan jangan hanya melihat apa yang berlaku di hadapan kaunter perkhidmatan, lihat juga apa yang ada di belakang kaunter sama ada ia juga bertaraf dunia," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Katanya selain itu beliau turut menggalakkan lebih ramai ketua jabatan dan agensi untuk turun padang melihat dengan lebih dekat pelaksanaan dasar kerajaan agar ia sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat selain mencari penyelesaian segera kepada sebarang isu yang dibangkitkan.

Menurutnya konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) bersama dengan cara kerja yang lebih kreatif dan inovatif penting dalam meningkatkan lagi perkhidmatan awam ke peringkat yang lebih baik.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KSN Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan semua ketua jabatan :

1. Sentiasa mengambil berat kebajikan serta kemudahan kerja penjawat awam di bawah jabatan masing-masing.

2. Jangan hanya mengharapkan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia kepada rakyat namun pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana sebaliknya.

3. Jangan hanya melihat apa yang berlaku di hadapan kaunter perkhidmatan, lihat juga apa yang ada di belakang kaunter sama ada ia juga bertaraf dunia

4. Menggalakkan lebih ramai ketua jabatan turun padang melihat dengan lebih dekat pelaksanaan dasar kerajaan agar ia sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat selain mencari penyelesaian segera kepada sebarang isu yang dibangkitkan.

BAGI AKU , aku stuju 120%.
cakap mesti srupa bikin. DULU aku pernah terbaca KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ... pi mana slogan ini????

Unknown berkata...

Apa kata anda..
http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/09/lain-tulis-lain-implemennya.html

Tanpa Nama berkata...

keluarga yang bahagia menentukan prestasi kakitangan ...harap segerakan proses pertukaran kakitangan tang berjauhan dari keluarga dan telah memohon bertukar.

mungkin ramai yang menderita akibat berjauhan dari keluarga ...

Tanpa Nama berkata...

hakikatnya di mana2 jabatan kerajaan pun, kumpulan sokong sentiasa di anaktirikan... sekiranya ada tranformasi pun, hanya golongan P&P diberi perhatian... betul x cakap aku????

Tanpa Nama berkata...

Hidup KSN! Hidup KSN! Hidup KSN!

Kezaliman ketua-ketua jabatan akan diketahui lambat laun. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Terima kasih KSN. You are our hope.

Mat Setara berkata...

Kelulusan setara atau setaraf masih belum diaplikasikan sepenuhnya lagi. Itulah keperluan utama yg masih belum berjaya dilaksana setakat ini.

Tanpa Nama berkata...

...manakala ketua-ketua jabatan pula akan berkata: KSN gertak saja, kalau tak ikut pun bukannya kena apa pun. jadi ketua-ketua jabatan kekal dengan sikap dan perangan sedia ada...

kahkahkah

ABU84 berkata...


"Beliau berkata jangan hanya mengharapkan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia kepada rakyat namun pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana sebaliknya."

Kump sokongan kerja sedikit tapi cakap banyak, org diluar jangan lah tertipu dengan alasan mereka.

Kemudahan semua cukup malahan berlebihan tapi attitude mereka sangat bermasalah. ponteng, famili first (datang lewat urus anak, anak sakit, bawa ank ke tempat kerja, ambil anak, minta pindah jauah dri keluarga etc), bisnis luar, kaki mengulor.

Sila risik pasal perangai JTK dan PAR, pemandu, kerani, juruteknik dll kalau anda tak percaya.

Jangan percaya lansung alasan mereka, Mereka hanya layak dibuang!


Asal Bukan Umno

Tanpa Nama berkata...

ABU84 ko mmg FF

MANTAN KPPA berkata...

ketua jabatan wanita beragama islam diingatkan supaya menutup aurat dengan betul. itu yang sepatutnya ali hamsa dahulukan.

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN. perintah Allah pun tak boleh nak ikut, apatah lagi undang-undang manusia yang lain, ye tak?

Tanpa Nama berkata...

KAKITANGAN AWAM MUDAH DIPERBODOHKAN BN, GAJI BELUM DAPAT RASA, INCOMETAX SUDAH POTONG,GAJI SEBENAR JADI KECIL, NAK AMBIL BALIK LAMBAT, KALAU LAMBAT BAYAR KENA DENDA, KEMPEN TOLAK BN UNTUK 1 PENGGAL, KALAU ANDA BIJAK????

Tanpa Nama berkata...

ABAI = Asal Bukan Anwar Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

PKR....PEGI MAMPUSSSSSSSSSSS

Tanpa Nama berkata...

KSN ...... Tolong beri perhatian kepada kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.... Jabatan hanya beri bantuan kepada orang awam sahaja,,,, tiada kebajikan untuk kakitangan....

Tanpa Nama berkata...

semua ketua jabatan hanya mementingkan kroni je.....pindah kalau kroni 2minggu dah bleh pindah kalau bkn kroni kena tunggu musyuarat la ape lg la... silap silap 3 tahun mintak haram tak leh pindah. kroni pindah alasan jauh dari ibu bapa. abis yg orang lain tak ada mak bapak ke.kroni pindah sebab duit belanja tak cukup.. abis orang lain cukup ke..
kepada semua ketua jabatan jadi manusia yang adil... tuhan akan bayar k... mungkin gred macam kita 17 ni tak layak nak sembang dgn ketua tapi ingat kat kubur kau orang yang pertama jawab sebab menzalimi anak buah sendiri...
semua jabatan kroni jugak

Kump Sokongan.... berkata...

Wahai ABU84 berkata...

Janganla kamu nak cerita perangai staff sokongan..
Tahu kumpulan mana yang merugikan kerajaan... jawapannya -> kump atasan.
Kump yang paling banyak kena tangkap rasuah, pecah amanah gangguan seks tmpt kerja, tindas orang lain... tulah kump kamu.
Kalu bagus sangat, buat spt yg KSN suruh turun padang, buat kerja sekali ngan staff sokongan. bukan duduk diopis mkn percuma harix2 atas alasan mesyurat dan tidur.
Setiap kesilapan yang dilakukan oleh Jabatan kerajaan berpunca dari kump kamu...bukan kump sokongan.Yang bagi projek, yang membuat perancangan serta kajian semua kump kamu..tetapi semua nya bermasalah... pembelian perlatan bukan kump sokongan buat tapi kump kamu buat...samada terlalu mahal atau barang jadi gajah putih.. hilang...laporan auditor pun salahkan kump kamu kerana merugukan duit rakyat bukan kump sokongan
Jadi dari tunding jari kat kump sokongan buat kerja kamu ngan taat, jujur, ikhlas dan rajin...Mesti semua rakyat malaysia akan menghargai serta percaya kepada PA... juga kump sokongan akan ikut langkah mu kearah kebaikan....


HAHAHAHAHA padan muka ABU.....