SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Januari 2014

PENJAWAT AWAM, PESARA KERAJAAN ANTARA PEMILIK PERMIS

Utusan Malaysia
21/4/2014




KUALA LUMPUR 19 Jan. - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) mendakwa kebanyakan penjaja yang menyewakan premis mereka kepada orang lain terutama warga asing terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan dan 'individu-individu mempunyai hubungan politik'.Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George berkata, golongan itu pada awalnya mendapatkan premis berkenaan namun akan menyewakannya untuk mendapatkan untung atas angin.
Pada masa sama, kata beliau, golongan itu meneruskan kerja harian sebagai penjawat awam, penerima pencen dan menjalankan perniagaan lain untuk meraih pendapatan utama mereka. Beliau mendakwa, lebih 60 peratus daripada penjaja di Lembah Klang menyewakan premis perniagaan yang disediakan kerajaan itu berdasarkan tinjauan berkala pihaknya terhadap beberapa premis termasuk pasar-pasar dan ruang-ruang niaga komersial."Penjajahan jenis baharu ini amat menyedihkan. Kita melihat kurangnya sikap bertanggungjawab kebanyakan golongan penjaja ini dalam meningkatkan mobiliti sosial kehidupan mereka.
"Apa yang mereka mahu adalah jalan pintas untuk mendapatkan duit. Akhir sekali yang maju bukan mereka tetapi warga asing, semuanya kerana mahu makan duit atas angin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada semua penjaja dan peniaga kecil supaya tidak menyewakan premis perniagaan mereka yang disediakan kerajaan kepada orang lain terutama warga asing. Katanya, mereka yang diberi peluang itu mesti bertanggungjawab dengan menjalankan sendiri perniagaan terutamanya yang mendapat bantuan daripada kerajaan.
Mengulas lanjut, Jacob berkata, dalam membendung perkembangan tersebut, kerajaan perlu proaktif dalam menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada gabungan persatuan pengguna untuk memberi input serta cadangan berkesan. Beliau percaya, cadangan-cadangan bernas jawatankuasa itu akan dapat membantu kerajaan dalam hal terbabit terutama dalam mencari mekanisme terbaik memastikan penjaja menggunakan premis diberi setiap masa.
"Saya cadangkan kerajaan menetapkan tempoh masa tertentu untuk memantau premis yang diberikan itu, sekiranya disedari penjaja mempunyai kecenderungan menyewakan kepada orang lain, terus tarik semula premis terbabit," tegasnya. Perkara sama ditekankan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi yang kesal dengan tindakan penjaja tempatan tersebut.Beliau hairan kenapa golongan tersebut tidak boleh mengikis mentaliti 'mahu jadi bos' yang ternyata merugikan mereka sendiri."Kita perlu berubah. Jangan malas dalam meningkatkan taraf hidup sendiri," ujarnya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aik? beruk2 1st 2nd 3rd sibuk sangat ke hari ni sampai tak main permainan bodoh ini? hahaha

kebiasaannya premis2 macam ni memang ada orang2 yang mempunyai kabel baik dengan pihak berkuasa tempatan. itu sudah lumrah.

inilah masalah orang melayu khasnya dan orang malaysia umumnya. bolot semua benda, lepastu sub pada orang lain, bukannya dia nak usahakan pun. tau untung atas angin jela.

Tanpa Nama berkata...

Puncanya: Terlampau malas tetapi mahu kemewahan dtg tanpa usaha. Inilah realiti sehingga penjajah pernah melabelkn masyarakat kita pemalas. Memang betul pun. Kekayaan negara dibolot oleh pendatang sah dan.PATI.

Tanpa Nama berkata...

Inilah dia dasar-dasar penyamun di mana matlamat utama penyediaan tapak-tapak gerai diperuntukkan kepada para peniaga yang masih belum mempunyai premis perniagaan. Sebaliknya premis perniagaan ini terlepas kepada penjawat awam, pesara kerajaan yang telah mempunyai pendapatan tetap. Inilah dia contoh dasar dan pengurusan yang tidak telus serta mementingkkan diri sendiri di mana individu yang berpengaruh ataupun yang mempunyai hubungan keluarga ataupun politik mendapat premis perniagaan yang tidak sepatutnya dapat kepada mereka.