SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 April 2014

CUEPACS HARAP PM PERTIMBANGKAN PERMOHONAN UNTUK 1.5 JUTA PENJAWAT AWAM

Bernama
29/4/2014


ALOR SETAR, 29 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan pelbagai perkara untuk dipertimbangkan kerajaan demi kepentingan kira-kira 1.5 juta penjawat awam menjelang Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada Khamis ini.

Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs mengemukakan permintaan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan semalam.

Antara perkara yang dikemukakan untuk penelitian kerajaan ialah mengenai beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam dan tuntutan perjalanan yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup kian meningkat.

"Kenaikan harga barang akan beri kesan kepada kehidupan kita terutama pejawat awam kumpulan pelaksana. Elaun tetap perumahan dan elaun khidmat awam sudah lama tak dikaji.

"Kadar hotel juga perlu dikaji. (Kadar) hotel sudah banyak kali naik... Adakah adil setiap kali buat urusan rasmi kerajaan, kami kena tanggung sendiri (bayaran) hotel.

"Kadar tuntutan perjalanan juga sudah lama tidak dikaji sedangkan harga petrol banyak kali naik. Ini semua memberi bebanan dalam melaksanakan tugas. Kami juga meminta supaya Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 akan diadakan di Dewan Wawasan, Jitra pada Khamis ini, yang dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri.

Azih berkata kerajaan juga perlu melihat kembali proses pembelajaran sepanjang hayat kerana ketika ini semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah.

"Jangkaan kita dalam lima tahun akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma. Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka," katanya.

Azih turut membangkitkan mengenai tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang beliau sifatkan terlalu lama.

"Selagi tidak dapat pengesahan, mereka tidak boleh beli rumah, tidak boleh pinjam bank. Akhirnya mereka pinjam Along...(oleh itu) masa pengesahan jawatan patut dipendekkan kepada satu hingga enam bulan," katanya.

Beliau turut meminta kerajaan supaya melihat semula kepada perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam.

"Cuepacs merayu supaya diperluaskan asas masa yang diberikan kepada kumpulan guru kepada perkhidmatan tertutup ini. Kalau tidak dapat seperti guru, laluan kerjaya mereka harus dibuka," katanya.

Menurutnya Cuepacs turut mencadangkan kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.

Azih berkata Cuepacs juga mengesyorkan kerajaan supaya memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.

"Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada 2075...sebab itu kami cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti Haji.

"Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat," katanya.

Beliau berkata Cuepacas juga tidak bersetuju dengan tindakan untuk memperkecilkan perkhidmatan awam yang dilaksanakan ketika ini kerana ia memberi kekangan hebat kepada jabatan untuk melaksanakan agenda dan polisi.

Azih turut meminta kerajaan supaya mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5 peratus kepada 10.5 peratus, selain jumlah pencen dinaikkan daripada 60 peratus kepada 70 peratus atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan.

"Apabila pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, kalau berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah," katanya.

Beliau berharap kerajaan dapat membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu RM880.

-- BERNAMA

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benar..pjwt yg bergaji rm3000 ke bwh amat tertekan dgn kenaikan kos sara hidup dan kenaikan brg2 yg smakin mdesak.

Tanpa Nama berkata...

Benar..pjwt yg bergaji rm3000 ke bwh amat tertekan dgn kenaikan kos sara hidup dan kenaikan brg2 yg smakin mdesak.

Tanpa Nama berkata...

Benar..pjwt yg bergaji rm3000 ke bwh amat tertekan dgn kenaikan kos sara hidup dan kenaikan brg2 yg smakin mdesak.

Made in Pahang berkata...

salam..terima kasih ceupac atas permintaan kenaikan elaun perumahan..harap kerajaan memberi kenaikan elaun drpd rm 180 ke rm300 utk kump sokongan..sedikit sebanyak ini sangat membantu kami yg bergaji dari kump sokongan

Unknown berkata...

Setuju...harap jangan indah khabar dari rupa....bukan meminta tetapi betul gaji dibawah rm 3000 sekarang memang cukup tertekan hidup dibandar besar seperti dikuala Lumpur

Made in Pahang berkata...

betul tu perit perit..susah mau explain

Unknown berkata...

ini president aaa , mintak macam-2 . satu-satu la mintanya . biar dapat dulu baru mintak baru .

firas berkata...

Utamakan elaun rumah,cola dan khidmat awam,jangan tamak nanti semua tak dpt

Unknown berkata...

sudah sampai masanya kerajaan MENGURANGKAN PENGAMBILAN BARU sebaliknya mengisi kekosongan dengan membuat pengambilan dalaman, samada bertukar skim berlainan dengan gred yang sama (sekiranya mempunyai kelulusan berkaitan) mahupun lantikan ke skim lebih tinggi sekiranya seseorang pegawai mempunyai kelulusan lebih tinggi, sebagai contoh: lulusan SPM lantikan gred 17 yang memperolehi diploma boleh dilantik ke gred 29 mahupun ke gred 41 sekiranya mempunyai sarjana.

dari situ boleh mengurangkan bebanan belanja mengurus kerajaan. jawatan asal yang telah dikosongkan oleh mereka bolehlah dibuat pengambilan baru, sebagai contoh seorang S17 yang ingin ke N17, jawatan S17 tersebut pastinya kosong, barulah boleh dibuat pengambilan, begitu juga seorang N17 yang mendapat jawatan M41, bolehlah dibuat pengambilan mengisi jawatan N17 tersebut.

inilah baru namanya TRANSFORMASI! barulah benar-benar layak dipanggil TIANG SERI, bukannya TIANG KAYU!

p/s: menuntut kenaikan elaun/gaji semata-mata tanpa menggalakkan seseorang pegawai/kakitangan untuk meyambung pengajian adalah ibarat memberi kucing makan yang menyebabkan kucing tu jadi malas untuk berusaha. cara yang dibuat oleh cuepacs ni amat bahaya yang boleh menyebabkan penjawat awam jadi malas berusaha. elok diperjuangkan penjawat awam sedang berkhidmat yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari kelulusan lantikannya sekarang supaya dipertimbangkan untuk ke gred lantikan lebih tinggi berdasarkan kelulusan tertinggi yang diperolehinya.

Unknown berkata...

p/s: menuntut kenaikan elaun/gaji semata-mata tanpa menggalakkan seseorang pegawai/kakitangan untuk meyambung pengajian adalah ibarat memberi kucing makan yang menyebabkan kucing tu jadi malas untuk berusaha. cara yang dibuat oleh cuepacs ni amat bahaya yang boleh menyebabkan penjawat awam jadi malas berusaha. elok diperjuangkan penjawat awam sedang berkhidmat yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari kelulusan lantikannya sekarang supaya dipertimbangkan untuk ke gred lantikan lebih tinggi berdasarkan kelulusan tertinggi yang diperolehinya

p/s: kepada yg smbung belajar masa berkhidmat dlm pa minta utk mengisi semula jawatan baru mengikut kelayakan CGPA anda jika tidak ibarat babi diberi makan taik nak mudah diri sendiri

Unknown berkata...

p/s: menuntut kenaikan elaun/gaji semata-mata tanpa menggalakkan seseorang pegawai/kakitangan untuk meyambung pengajian adalah ibarat memberi kucing makan yang menyebabkan kucing tu jadi malas untuk berusaha. cara yang dibuat oleh cuepacs ni amat bahaya yang boleh menyebabkan penjawat awam jadi malas berusaha. elok diperjuangkan penjawat awam sedang berkhidmat yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari kelulusan lantikannya sekarang supaya dipertimbangkan untuk ke gred lantikan lebih tinggi berdasarkan kelulusan tertinggi yang diperolehinya

p/s: kepada yg smbung belajar masa berkhidmat dlm pa minta utk mengisi semula jawatan baru mengikut kelayakan CGPA anda jika tidak ibarat babi diberi makan taik nak mudah diri sendiri

Mando berkata...

Kepada Zua Jon,

Galakan penjawat awam sambung belajar,
(samada secara PJJ@penuh)
Fikirkan persoalan ini,
1) Siapa ambil alih tugas mereka
2) PJJ - sambil kerja & belajar , kualiti & tumpuan kerja bgmana?
3) yang ramai anak @ dekat pencen @ isteri x kerja

Unknown berkata...

Nak tanya sikit pada yg faham..adakah pelarasan kenaikan pangkat dan gaji untuk kup 13 tahun bermula dari pegawai genap perkhidmatan 13 tahun atau mulai 1 julai 2013 mengikut tarikh kuatkuasa pekeliling..saya telah genap perkhidmatan 13 tahun pada 15 februari 2010 tapi pelarasan gaji hanya dibayar bermula 1 julai 2013 mengikut tarikh kuatkuasa pekeliling yg menyatakan pelarasan bermula pegawai genap 13 tahun perkhidmatan..mohon pencerahan..

Unknown berkata...

Saya pesara kerajaan yg pencen dibawah RM1,000 sebulan saya terpanggil menyuarakan harapan kawan2 yg menerima pencen seperti saya jika boleh dipertimbangkan lah untuk menambah kenaikan dalam 10-15% tanggungan hari ni begitu berat,t.kasih