SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 September 2014

BANTAHAN CUBAAN AMBIL ALIH TUGAS, URUSAN POTONG GAJI


Utusan Malaysia
10/9/2014


KOTA KINABALU 9 Sept. - Jawatankuasa Perhubungan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) negeri menolak malah membantah sebarang cubaan mengambil alih tugas serta pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam dan badan berkanun daripada koperasi tersebut.Pengerusinya, Datuk Noraini Salleh berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana sejak 1977, Angkasa telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik malah tiada satu sen wang pekerja diselewengkan.Menurutnya, urusan pemotongan gaji kakitangan awam dan badan berkanun dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, sekali gus tidak timbul masalah daripada orang ramai.
"Angkasa memiliki mekanisma dan kepakaran yang telus, amanah serta mempunyai pegawai yang cekap mengendalikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada golongan pekerja dengan sempurna."Sehubungan itu, tidak munasabah kerja-kerja yang dilaksanakan selama ini dengan baik oleh Angkasa terpaksa diberhentikan dan akan digantikan oleh pihak yang belum tentu memiliki keupayaan setanding dengan pihak pengurusan koperasi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.Tambahnya, sesuatu yang malang sekiranya tindakan itu dibuat demi menyelamatkan segelintir pihak dan mengorbankan kepentingan majoriti.
Sehubungan itu jelasnya, Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri sependapat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak cadangan pihak tertentu yang mahu Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Bhd. (Moccis) mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam daripada Angkasa.
"Sekiranya tindakan ini dibuat demi menjaga kepentingan sebahagian pemegang saham, ini satu tindakan tidak berbaloi dan membe-lakangkan hak Angkasa yang telah berkhidmat dengan sempurna selama ini," katanya.

Jelasnya, pihak bertanggungjawab seharusnya bersifat berlapang dada dan lebih melihat kepentingan majoriti terutama kakitangan Angkasa yang akan terjejas akibat cadangan yang mahu dilaksanakan itu

4 ulasan:

sera23@yahoo.com berkata...

Bohonglah aku talipon nak tanya pasal potongan pun susah, kena ke ibu pejabat. Menyusahkan ada.

Unknown berkata...

maunya tak bantah, nanti hilang la "sumber pendapatan utama". lepastu koperasi terus kena tutup sebab dah takda core business lagi dah. hahaha.

senang betul keje, jadi orang tengah je tukang potong gaji, walhal kalau akauntan negara sendiri yang potong gaji tu apa yang susah sangat?

musimpanas berkata...

Aku sokong ANGKASA dimansuhkan sahaja. Menggalakkan kakitangan kerajaan berhutang.

Unknown berkata...

aku sera .. blogspot Cuepacs entah apa-apa sekarang ???

bincang ke nak maklum apa aku pun tak tau !

moderator perlu ditransformsi..

maklum balas PA amat penting bagi memastikan kelangsungan perjuangan pekerja.

keselesaan membuat kita lupa pada perjuangan. Maklumlah, Cuepacs ini dalam kategori kerusi empuk !

Inilah kesannya 'pengundian angkat team kroni'. Ramai pemimpin yang tertidur.
Aku sera ... betul ke?