SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 September 2014

CUEPACS MAHU ANGKASA TERUS URUS POTONGAN GAJI

Utusan Malaysia
29/8/2014


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menolak cadangan pihak tertentu yang mahu Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).Presidennya, Azih Muda berkata, berdasarkan rekod kewangan dan pentadbiran, Angkasa jauh lebih baik daripada Moccis.

Katanya, sejak 1977, Angkasa telah melaksanakan tanggungjawab menguruskan pemotongan gaji kakitangan awam untuk Bank Rakyat dan Bank Persatuan tanpa sebarang masalah."Kami bimbang jika ada peralihan kuasa, kemungkinan besar penyelewengan akan berlaku. Kami selesa dengan pengurusan di bawah Angkasa, kami tidak perlukan pihak lain.

"Kami difahamkan sekiranya Angkasa diberhentikan daripada pengurusan tersebut, pendapatan koperasi akan susut kepada RM40 juta sekali gus menjejaskan pendapatan negara," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sistem maklumat perbankan individu, SPeKAR di sini hari ini.Dalam pada itu, Azih mendakwa, pihaknya difahamkan Moccis sehingga kini masih belum menyelesaikan masalah kewangannya kredit dan liabiliti yang tertunggak sehingga RM100 juta.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya perkara itu benar.Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fatah Abdullah meminta kerajaan mengekalkan tempoh pembiayaan rumah menerusi bank atau koperasi kakitangan awam kepada 35 tahun berbanding dasar baharu selama 30 tahun. Selain itu, beliau juga berharap kerajaan dapat melihat semula tempoh pembiayaan untuk pinjaman kredit bagi penjawat awam dengan memanjangkannya kepada 15 tahun berbanding dasar baharu yang dipendekkan daripada 20 kepada 10 tahun.

"Angkasa terkesan daripada dasar baharu itu. Jika sebelum ini kami menerima permohonan pinjaman untuk perumahan sebanyak 100,000 sebulan tetapi sekarang hanya 40,000 permohonan. Rata-rata penjawat awam menyatakan mereka tidak mampu dengan tempoh pinjaman yang pendek itu."Di samping itu, Angkasa turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan dana modal pusingan kredit dalam Bajet 2015 jika terus mengekalkan tempoh pinjaman. Angkasa yakin akan terus menjadi penyumbang ketiga terbesar dalam pendapatan negara," katanya.

2 ulasan:

izam berkata...


sokong 200%, angkasa tetap yang terbaik,
mungkin ada tangan halus di sebalik moccis yang cuba ambil kesempatan di sebalik kejayaan angkasa menguruskan potongan gaji kakitangan awam sejak sekian lama,

SangSapit berkata...

mungkin moccis nak gunakan percen dr potongan utk langsaikan hutang..nama pun koperasi pegawai2..ni mesti pegawai2 yg jd tangan2 ghaib utk dptkn ape yg angkasa dpt..
lg 1, pendapat sy la..syarat2 pinjaman skrg lg menyulitkan untuk pinjaman dibuat..walhal jika rakyat ade duit dan berbelanja, wang dalam pusingan akan meningkat.kesan secara tidak langsung kembali kepada kerajaan melalui cukai.mustahil,hampir mustahil untuk mulakan hidup tanpa hutang..lain la dilahirkan sebagai anak org kaya..