SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 April 2015

400,000 PENJAWAT AWAM MASIH TERIMA GAJI SERENDAH RM805

Bernama
16/4/2015




JOHOR BAHARU, 16 April (Bernama) -- Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.

Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120 peratus," katanya.

Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan CUEPACS yang mahukan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.

Azih berkata pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini meningkat di kawasan bandar-bandar utama.

"Kita faham kedudukan kewangan kerajaan berubah mengikut pertambahan bilangan rakyat. Akan tetapi evolusi yang berlaku menyebabkan kos sara hidup meningkat di bandar-bandar utama.

"Di Johor contohnya, penjawat awam sudah hampir tidak boleh hendak menyesuaikan kehidupan," jelasnya.

Selain meningkatkan gaji, kongres itu juga meminta kerajaan agar menyemak semula kadar pengecualian cukai pendapatan penjawat awam sehingga 100 peratus sebagai mengurangkan bebanan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung masa kini.

--BERNAMA

3 ulasan:

rasa bosan menunggu berkata...

cuepacs tak boleh harap,ni duk hebah satu malaysia gaji bawah kemiskinan,tapi apa kita orang dapat,menunggu juga.barang makin naik,gst kau sokong.bodoh punya cuepacs,yang naik gaji menteri puluh2 ribu.ape tak cukup ke gaji menteri yg ade sekarang,gaji kami gred u11 ni 850 ni kira orang kaya ke,sial anjing,otak mcm babi,najib kau letak jawatan lagi bagus,duit habis penuhkan kocek kau aja,patut la allah hantar bala kat malaysia sebab menteri perangai yahudi

OREN berkata...

SIARAN AKHBAR PENAFIAN JPA MENGENAI JUMLAH PENJAWAT AWAM DENGAN GAJI MINIMUM ANTARA RM805 HINGGA RM820 SEBULAN E-mail Cetak PDF
17 APRIL 2015



Putrajaya, 17 April 2015 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media bahawa terdapat seramai 400,000 hingga 800,000 penjawat awam dari Kumpulan Pelaksana masih menerima gaji di antara RM805 hingga RM820 sebulan.

Amaun gaji bagi gred 11 iaitu gred terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah di antara RM832 hingga RM850. Jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok ini iaitu gaji dan elaun ialah di antara RM1,257 hingga RM1,275.

Menurut rekod rasmi Kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah 3,072 orang.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Putrajaya

Tarikh : 17 April 2015
Tel. : 03-8885 3830/03-8885 3088
E-mel : komunikasi@jpa.gov.my

Mana yang betul ni presiden kata 400,000 JPA kata 3,072 je.

Al Isra' Associates berkata...

Di sini saya ingin menawarkan sesiapa yang berminat untu menjadi agen Takaful/ Perunding Kewangan Takaful menyertai kami di Al Isra' Associates. Jika anda seorang yang bercita-cita tinggi untuk memilik kerjaya dan perniagaan sendiri, kedatangan anda amat dialu-alukan. Kami adalah salah sebuah agensi terbesar yang mewakili Prudential BSN. Pendapatan berterusan dan tanpa had serta KOMISYEN yg akan dibayar selama 6 tahun.

Hubungi saya 018-2558789 (Amirah) atau email RESUME anda ke usrahsaeedah@gmail.com

Hubungi saya sebagai langkah pertama untuk mengubah hidup anda!