SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 April 2015

CUEPACS MAHU GST TAK BEBANKAN RAKYAT

Harian Metro
9/4/2015
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Kerajaan digesa lebih serius dalam usaha memastikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak terus membebankan rakyat negara ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, sejak ia diperkenalkan 1 April lalu, pihaknya menerima rungutan dalam kalangan 1.6 juta ahlinya mengenai kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku jika GST dilaksana dengan berkesan.

"Sebab itu, kami berharap agar kerajaan melihat semula adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus sebelum ini benar-benar dihapuskan dan digantikan cukai GST yang lebih rendah sekali gus harga barang sepatutnya menjadi lebih murah."Usaha ini perlu dilakukan 200 peratus melibatkan semua pihak berkaitan dan bukannya terletak pada satu dua kementerian sahaja," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

4 ulasan:

Unknown berkata...

GST memberi impak atau terkesan oleh penjawat awam golongan pelaksana 1 dan 2,namun ia juga terkesan oleh hampir 1.6 juta penjawat awam.

Sememangnya tidak terkesan impaknya GST oleh penjawat awam bergaji besar.

Mohon agar gaji dan elaun elaun terutama elaun rumah dinaikkan kadarnya seperti mana kadar gaji dan elaun ahli parlimen yang telah ada keputusan kenaikkan.

krenggge berkata...

Sekarang semua orang, baik yang kaya atau yang miskin atau yang papa kedana atau pendatang yang cari makan kat msia, mereka semua dikenakan cukai tak langsung.

Itulah tujuan GST sebab cukai langsung, hanya melibatkan jumlah yang kecil, 2 juta org jer. Jadik orang kaya kena bayar 2 jenis cukai, cukai tak langsung dan cukai langsung sementara orang miskin bayar satu jenis cukai sahaja.

Malangnya, ketika melaksanakan GST, kerajaan tidak berupaya pula menghalang ketamakan & penipuan peniaga dan pemborong. Sadis!

Dan kita tengok sahajalah nanti, adakah pendapatan tambahan berbilion-bilion ringgit itu akan dapat membantu mengkayakan orang miskin atau adakah pendapatan tambahan itu masih tetap tak cukup, tak cukup & tak cukup kepada kerajaan sampai kiamat.

Aneh, malaysia kaya dengan macam2 sumber plus pendapatan terbaru (daripada GST) tetapi kerajaan masih tak mampu hendak menyenangkan rakyat!

Wahai pemimpin2x, kamu kelihatan sangat kaya di dunia ini (tidur berbantal guni wang), tetapi setiap 1 sen kekayaan kamu akan ditanya di akhirat. Selamat Menjawab!


Wahai ayahku & ibuku seluruh malaysia (yang miskin), bersabarlah atas dugaan ini.
Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada yang zalim dan semoga ALLAH tidak lupa untuk memberi pula kepada kita sebanyak-banyak pahala kesabaran.

InsyaAllah, yang zalim dan batil akan jatuh suatu hari nanti. Tiada kuasa dan daya mereka (pemimpin) untuk kekal abadi memerintah dunia melainkan yang tetap kekal ALLAH RABBAL ALAMIN.

ombakjahat berkata...

dulu aku ingat Gst boleh selarahkan harga tapi sebliknya... semua barang naik... malah lebih terasa penjawat awm bawahan seperti kami yang mempunyai anak-anak kecil.... gaji dah tak televen dengan kos sara hidup sekarang....

Unknown berkata...

Klu collect gst x semak gaji & elaun2 penjawat aw x tau la aku nk kata apa kt dorang ni.. aku keje penghantar notis claim 40sen 1 km 500km pertama pastu 35sen & 30sen rasanya semenjak zaman pak kaduk lg.. minyak entah dh berapa kali turun naik.. korang kt atas ni membantu golongan korang je ke?