SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

30 April 2015

PEMIMPIN KESATUAN DIGESA LEBIH AKTIF BANTU KEBOLEH PASARAN PEKERJA


Bernama
30/4/2015



KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pemimpin kesatuan sekerja perlu memainkan peranan lebih aktif untuk meningkatkan kebolehpasaran warga pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata peranan itu boleh dilakukan menerusi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam aspek pembangunan kompetensi berteraskan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran dalam sesuatu bidang.

"Selain itu pergerakan kesatuan sekerja harus bertindak sebagai pemandu dalam membantu mewujudkan masyarakat pekerja yang berilmu, berpengetahuan dan multilfleksibel hingga berupaya menukar maklumat dan ilmu pengetahuan kepada produk yang boleh digunakan dalam pelbagai cara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kesatuan Pekerja 2015 di sini Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Mutallib, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Mustafa Ali, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan.

Konvensyen sehari itu dihadiri kira-kira 800 pegawai dan ahli kesatuan sekerja seluruh negara sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bandar raya ini esok.

Riot berkata pembangunan modal insan yang berkualiti perlu dilipatgandakan dalam memastikan sesebuah negara dapat terus berdaya saing dan berdaya tahan.

Katanya tanpa modal insan yang berkualiti, agak sukar bagi sesebuah negara mencapai matlamat yang diinginkan sama ada dalam pembangunan ekonomi ataupun dalam aspek pembangunan sosial.

"Pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia memerlukan guna tenaga yang banyak dan sehingga ke hari ini, jumlah pekerjaan di negara ini telah meningkat kepada 13.9 juta orang.

"Di sinilah menggambarkan sumbangan sumber manusia sebagai memenuhi peluang pekerjaan dan guna tenaga dalam industri pelbagai sektor di negara ini," katanya.

Dalam pada itu Saripuddin berkata Malaysia mempunyai 735 kesatuan sekerja berdaftar dengan 73 kesatuan sekerja didaftar di Sarawak.



-- BERNAMA

CUEPACS HARAP KERAJAAN UMUM'HADIAH ISTIMEWA' KEPADA PENJAWAT AWAM PADA 1 MEI

Bernama
29/4/2015




Datuk Azih Muda
 KUCHING, 29 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan 'hadiah istimewa' kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja, 1 Mei ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pemberian hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara.

"Kenaikan produktiviti negara yang meningkat lebih 100 peratus seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kesungguhan penjawat awam dan golongan pekerja di negara ini melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Program Transformasi Ekonomi negara, tetapi amat sedih kerana masih ada pekerja di negara ini menerima gaji di bawah garis kemiskinan nasional," katanya selepas majlis perasmian Seminar Kepimpinan Perdana Cuepacs oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Misnu Taha, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azih berkata kerajaan harus memperkenalkan gaji minimum RM1,200 sebulan kepada kakitangan sektor awam.

Beliau berkata pelaksanaan gaji minimum itu perlu memandangkan pekerja dan rakyat secara umumnya terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang serta elemen cukai yang membebankan mereka.

Selain itu, katanya Cuepacs mahu supaya pelaksanaan 252 skim perkhidmatan awam termasuk kenaikan gaji seperti diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet 2015, dapat disegerakan.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada 10 Okt 2014, Najib memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Azih berkata kenaikan gaji 10 peratus itu sangat penting untuk memastikan penjawat awam menerima gaji pokok melebihi paras kemiskinan nasional, iaitu RM880 sebulan, terutama bagi Gred 11 hingga Gred 17.

Katanya pelaksanaan skim gaji minimum RM1,200 itu perlu disegerakan kerana dianggarkan kira-kira 700,000 penjawat awam masih menerima gaji pokok antara RM802 dan RM820 sebulan.

Sehubungan itu, katanya ramai dalam kalangan penjawat awam tidak mampu membeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) walaupun harganya antara RM90,000 dan RM150,000 seunit.

"Tidak ada gunanya negara kita maju kalau masih ramai pekerja bergaji rendah dan tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah meningkat RM30,000 setiap tahun dan jika gaji pekerja hanya bertambah RM80, sudah pasti mereka tidak mampu membeli rumah," katanya.

-- BERNAMA

24 April 2015

CUEPACS RAYU KERAJAAN PERTIMBANGKAN TEMPOH PERKHIDMATAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK - PRESIDEN

Bernama
23/4/2015

ALOR SETAR, 23 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini merayu kerajaan mempertimbang semula tempoh perkhidmatan pegawai lantikan secara kontrak.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, sehingga ke hari ini, banyak aduan diterima pihaknya berhubung tempoh perkhidmatan diberikan hanya setahun ataupun 'berdasarkan tahun ke tahun' sekali gus membantutkan perancangan pekerja terutamanya yang sudah berkeluarga.

"Dalam tempoh enam bulan mereka kena rancang nak sambung perkhidmatan mereka, kita tahu setiap pekerja ada matlamat mereka nak rumah nak keluarga, nak beli kenderaan ada perbelanjaan sekolah, kalau kontrak berdasarkan tahun ke tahun, mereka tak boleh merancang, dan hilang motivasi semangat bekerja.

Usia bekerja di Malaysia dengan kelayakan lebih tinggi, amat wajar kerajaan melantik mereka ini mesti tidak kurang tiga tahun, barulah boleh merancang beli rumah, kenderaan dan perbelanjaan anak-anak," katanya.

Jelasnya, kerajaan turut wajar memberi peluang mereka yang bekerja secara kontrak untuk diberikan jawatan tetap.

Cadangan-cadangan dikemuka CUEPACS ini, kata Azih diyakini tidak akan membebankan kedudukan kewangan kerajaan, malahan CUEPACS berharap cadangan ini dibentangkan dalam Bajet 2016 dan dibawa dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Kita berjuang pastikan pekerja-pekerja tidak dapat kerja ini dapat kerja, manakala mereka yang dilantik kontrak ini ada jaminan, sebab mereka kerja dengan kerajaan, jadi kerajaan kena jaga dia," katanya.

-- BERNAMA

CUEPACS SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PERDANA MENTERI, KEKAL UMUR 55 TAHUN KELUAR KWSP

Bernama
23/4/2015



ALOR SETAR, 23 April (Bernama) -- Kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam isu pengekalan hak pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur 55 tahun disambut baik Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mekanisme sedia ada iaitu pengeluaran KWSP pada umur 55 tahun adalah sesuai dan diterima baik oleh kebanyakan pencarum sebagai umur pra persaraan.

"Kerana kita lihat jangka hayat hidup umur 50-59 tahun ini kadar kematian lebih 16,000 setahun, tinggi jadi kalau nak kekalkan 60 tahun memang payah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib hari ini mengumumkan pencarum KWSP boleh mengekalkan hak mereka untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun.

Azih berkata, ia turut mengambil kira situasi di negara ini iaitu dari aspek kos sara hidup dan tekanan kerja.

"Sebab itu kita nak 55, sekurang-kurangnya bila seseorang bersara dia dah ada perancangan, soal cukup ke tidak tak perlu risau, pandai-pandailah mereka (pencarum) jaga.

Kalau pihak-pihak tertentu rasa tak cukup, bolehlah tambah gaji sekurang-kurangnya bila tambah gaji, kenaikan gaji, simpanan meningkat," katanya.

Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan para pencarum untuk bijak mencari sumber pendapatan lain untuk kegunaan semasa dan hari selepas persaraan.

"Pastikan simpanan ada gandaan tinggi, pencarum bukan sahaja perlu bijak, tapi merancang kewangan dengan bijak," katanya.

-- BERNAMA

KAJI SELIDIK ' i - AKAUN' KWSP TIDAK RELEVAN - CUEPACS

Bernama
22/ 4/2015



KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kaji selidik secara dalam talian 'i-Akaun' yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)untuk mendapatkan pandangan pencarum berhubung cadangan penyelarasan umur pengeluaran simpanan ahlinya kepada 60 tahun adalah tidak relevan.
Sebaliknya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pertemuan secara terbuka antara KWSP dengan pihak berkepentingan seperti pekerja dan majikan adalah lebih sesuai.

"Hari ini dalam keadaan orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, KWSP tidak seharusnya memperkenalkan kaedah itu," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan -- melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun.

Azih berkata pihaknya berpendirian tegas bahawa cadangan tersebut akan menyebabkan bakal pesara lebih tertekan dengan komitmen sedia ada seperti bayaran perumahan serta perbelanjaan lain.

Cuepacs turut mencadangkan supaya KWSP memberikan bonus kepada ahli yang telah mencarum lebih dari 25 tahun bagi menambah simpanan mereka.

Dalam perkembangan lain, Azih meminta setiap kementerian serta agensi di bawahnya disaran untuk menetapkan tempoh petugas kontrak sekurangnya-kurangnya tiga tahun.

"Sebagai contoh 18,000 pekerja kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang ditamatkan kontrak sehingga hujung tahun ini, perkara ini akan menyebabkan mereka tertekan memikirkan pekerjaan lain," katanya.

-- BERNAMA

TIADA TOLAK ANSUR TERHADAP IDEALOGI IS

Harian Metro
24/4/2015
 

Putrajaya:

Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana penjawat awam sekiranya didapati terbabit dalam gerakan ideologi kumpulan militan Negara Islam (IS) dan juga kegiatan ekstremis lain.
Peringatan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa ketika berucap di hadapan kira-kira 900 pegawai dan kakitangan awam yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPM 2014 di sini, semalam.
Ali berkata, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini mewujudkan fenomena globalisasi dunia tanpa sempadan, sekali gus memudahkan kemasukan maklumat-maklumat tanpa tapisan termasuk IS yang disebar menerusi laman media sosial Facebook, Youtube, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Justeru, katanya, beliau mahu penjawat awam menilai dengan bijak setiap maklumat diterima agar tidak mudah terpengaruh terutama dengan maklumat negatif dan menyeleweng.
“Sebagai penjawat awam, kita juga harus sedar bahawa kita juga boleh berjihad dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan masyarakat.
“Ia adalah sumbangan yang amat besar dan mudah-mudahan usaha murni dan ikhlas itu akan diberkati Allah SWT,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, penjawat awam juga harus memberi penerangan dan kefahaman yang betul mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat terutama mengenai tentang faedah dan kebaikan sistem percukaian itu.
Menurutnya, penjawat awam perlu berhati-hati dalam menerima maklumat mengenai GST di media sosial memandangkan terdapat kekeliruan dan maklumat yang salah disebar luas di pihak tertentu media sosial berkenaan.
“Selain itu, penjawat awam juga tidak terlepas daripada kesan kenaikan kos sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu berikutan ada peniaga tamak yang bertindak menaikkan harga barangan runcit di pasaran,” katanya.
Mengulas mengenai tuntutan dibuat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 35 peratus, Ali berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan penjawat awam.
Malah, katanya, kenaikan kos barangan dan keperluan memberikan impak terhadap kehidupan seharian.
“Justeru, kerajaan merancang kenaikan gaji pokok bagi penjawat awam bergaji di bawah RM850 sebulan akhir tahun ini,” katanya.
Terdahulu, seramai 1,966 warga cemerlang JPM menerima APC dan Sijil Penghargaan semalam dimana 1,954 orang menerima APC dan 12 orang menerima Sijil Penghargaan JPM.
Kesemua mereka dipilih dalam kalangan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di 58 jabatan, agensi dan bahagian JPM.

DON'T BE INFLUENCED BY IS IDEOLOGIES

The Star Online
24/4/2015


PUTRAJAYA: Civil servants are urged not to be influenced by the ideologies of the Islamic State (IS).Chief Secretary to the Government Tan Sri Ali Hamsa said the Government will not compromise with anyone involved with IS or any other “extremism-related activities”.
“In the age of ICT and globalisation, a lot of uncensored information are available on social media such as Facebook, YouTube and Twitter.
“As a public servant, we should be able to judge information we receive via social media and learn to avoid from being influenced by negative things, including the IS ideology.
“The best form of jihad for civil servants is to provide the best service to the people and society,” Ali said at the Prime Minister’s Department Excellent Service Award 2014 ceremony here yesterday.
He did not deny the possibility that some civil servants were influenced by IS but stressed that the Government does not want it to spread.
Meanwhile, Ali said the Government will consider Cuepacs’ demand to increase the minimum wage of civil servants.
However, any decision made will have to take into consideration the country’s current financial status, he said.
“We are already looking into this matter (Cuepacs’ demand). However, we require a bit of time. We need to look at the impact of the Goods and Services Tax (GST), the country’s financial status and so on.
“At the same time, the Government wants to reduce the fiscal deficit of the country, but the welfare of the civil servants will still be a priority to us,” he told reporters later.
A total of 1,966 staff members from 58 agencies under the PM’s Department received awards yesterday for their excellent performance last year.

CUEPACS WANTS EPF TO PUT PROPOSAL ON HOLD

The Star
23/4/2015


Petaling Jaya:
The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) wants the Employees Provident Fund (EPF) to put on hold its proposal to extend the withdrawal age from 55 to 60.
Cuepacs president Datuk Azih Muda instead proposed that EPF set up a special committee, consisting of non-board members, to have a roundtable discussion with stakeholders on the options available to workers who contribute to EPF.
“They also need to stop their online survey on this issue, because this is simply not the right time since the proposal has only been presented to the EPF board and not yet discussed.
“We want all the stakeholders to be called in for an in-depth discussion on this proposal, and then disclose the results to the public before seeking their feedback,” he said.
EPF depu­ty chief executive officer (stra­tegy division) Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias had pre­viously said EPF had engaged with all stakeholders, including unions, even before the start of a two-week survey to obtain feedback from contributors.
However, Azih was concerned that the chosen options were irrever­sible, saying that options chosen in a worker’s younger years may not be in line with their needs in the future.
“For instance, a worker in his 20s may be all right with withdrawing his contribution at 60.
“As he grows older and starts a family, he may realise that he is in need of the money around age 55, but since he chose to withdraw at 60, he would not be able to change the option,” he said.
On how to encourage more workers to contribute to EPF and increase their savings, Azih suggested the EPF provide a one-off bonus to those who have been active contributors for a long period of time

23 April 2015

PENINGKATAN GAJI PERLU SEIRING INISIATIF

Harian Metro
23/4/2015


Kuala Lumpur: Peningkatan gaji minimum ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu seiring dengan cadangan inisiatif kedua KWSP dalam memastikan caruman minimum diselaraskan dengan gaji minimum.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata, cadangan untuk mencarum gaji minimum itu adalah sesuatu yang baik, tetapi untuk gaji ahli berpendapatan rendah perlu dinaikkan supaya dapat menampung kos sara hidup kini.
“Majikan perlu melihat kepada kebajikan pekerja yang memerlukan kenaikan gaji sekurang-kurangnya 15 peratus sekiranya cadangan itu dilaksanakan.
“Bagaimana ahli yang berpendapatan rendah ingin menampung perbelanjaan hidup sekiranya gaji diperoleh yang sedia rendah semakin sedikit selepas dicarum,” katanya.
Azih berkata, bagaimanapun cadangan inisiatif itu mampu menambah simpanan ahli untuk menampung kehidupan selepas bersara.
“Memang tidak dinafikan ia boleh membantu ahli dari segi jumlah simpanan, tetapi rancangan jangka masa panjang itu perlu ditekankan.
“Ahli perlu merancang wang yang disimpan itu memandangkan mereka terpaksa melakukan pengorbanan dengan mencarum lebih banyak semasa bekerja,” katanya.
Katanya, ahli perlu berfikiran positif sekiranya caruman minimum itu dilaksanakan kerana ia untuk kebaikan jangka panjang ahli sendiri.
“Inisiatif ini juga mampu melindungi ahli dari segi mendapat jaminan sumbangan majikan tidak kurang daripada caruman berasaskan gaji minimum,” katanya.

KWSP BELAKANGKAN AHLI LEMBAGA

Kosmo Online
22/4/2015




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
IBU Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur tetap menerima kunjungan pencarum meskipun badan berkanun itu berdepan kontroversi berhubung cadangan melanjutkan had usia pengeluaran caruman penuh kepada 60 tahun.



KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak pernah me­minta pandangan 15 ahli lembaga badan berkanun itu berhubung cadangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran caruman kepada 60 tahun yang mendapat bantahan meluas pencarum.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya kecewa kerana pengurusan badan berkanun itu tetap mahu meneruskan cadangan tersebut tanpa mendapat persetujuan ahli lembaga sedia ada terlebih dahulu.
Ahli lembaga KWSP terdiri daripada wakil kesatuan sekerja dalam sektor awam dan swasta serta persatuan-persatuan majikan termasuk ahli profesional yang berperanan untuk menjaga kepentingan pencarum KWSP yang kini berjumlah melebihi 14 juta orang.
“KWSP ada sekali sahaja membentangkan cadangan itu kepada ahli lembaga pada tahun lalu, namun tiada kata putus mahupun perbincangan diadakan dengan kami.
“CUEPACS yang berada dalam lembaga itu tidak menyangka KWSP akan mengumumkan cadangan tersebut kepada awam ketika ini. Sepatutnya cadangan ini boleh dibincangkan terlebih dahulu di peringkat ahli lembaga sama ada sesuai atau tidak dilaksanakan sebelum menjadi isu besar kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

CUEPACS: KAJI SELIDIK KWSP TA RELEVAN

MalaysiaKini
22/4/2015



Kaji selidik secara dalam talian 'i-Akaun' yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan pandangan pencarum berhubung cadangan penyelarasan umur pengeluaran simpanan ahlinya kepada 60 tahun adalah tidak relevan.

Sebaliknya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pertemuan secara terbuka antara KWSP dengan pihak berkepentingan seperti pekerja dan majikan adalah lebih sesuai.

"Hari ini dalam keadaan orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, KWSP tidak seharusnya memperkenalkan kaedah itu," katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan - melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baru pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun.

Azih berkata pihaknya berpendirian tegas bahawa cadangan tersebut akan menyebabkan bakal pesara lebih tertekan dengan komitmen sedia ada seperti bayaran perumahan serta perbelanjaan lain.

Cuepacs turut mencadangkan supaya KWSP memberikan bonus kepada ahli yang telah mencarum lebih dari 25 tahun bagi menambah simpanan mereka.

Dalam perkembangan lain, Azih meminta setiap kementerian serta agensi di bawahnya disaran untuk menetapkan tempoh petugas kontrak sekurangnya-kurangnya tiga tahun.

"Sebagai contoh 18,000 pekerja kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang ditamatkan kontrak sehingga hujung tahun ini, perkara ini akan menyebabkan mereka tertekan memikirkan pekerjaan lain," katanya.

- Bernama

CUEPACS AGAINST EPF MOVE

The Sunday Daily


KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Civil Service (Cuepacs) is totally against the Employees Provident Fund’s (EPF) decision to increase the age limit for a full savings withdrawal.
Its president Datuk Azih Muda said the proposal by EPF to increase the withdrawal age from 55 to 60 was not only criticised by the general public, but by civil servants as well.
According to Azih, the proposal was made by EPF's management, but was yet to be agreed to by the EPF board members.
“I wonder why the management announced to increase the full savings withdrawal age and even conduct a survey without first discussing with the board members,” he added.
Speaking at a press conference today, Azih urged EPF to quickly solve this issue as it will only add further pressure to the government.
Azih said one of the reasons Cuepacs did not agree with the idea proposed by EPF was because it will affect those with low salaries.
“Nowadays, employees have to compete with economic issues and the high cost of living and this idea will just pressure them more,” he told the media.
“If they are not given permission to withdraw their money at the age of 55, it will affect their cost of living at that moment and this should be taken seriously,” he added.
Azih said if EPF really wanted to discuss the people’s fund, they should establish a joint consultative council between workers, employers and the EPF.
“If they want to make a decision, it must be a collective decision and not just by one party because this involves people's money,” he added.

DROP PLAN TO RAISE WITHDRAWAL AGE, CUEPACS TELLS EPF

The Rakyat Post
22/4/2015





Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Azih Muda says the ongoing debate on the issue has created fear among Employee Provident Fund (EPF) members, both in the public and private sectors, along with those about to retire this year



KUALA LUMPUR, April 22, 2015:
The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has demanded the Employees Provident Fund (EPF) to stop its ongoing plans to extend the withdrawal age from 55 to 60.
Cuepacs president Datuk Azih Muda said the ongoing debate on the issue had created fear among EPF members, both in the public and private sectors, and those about to retire this year. They do not welcome the plan.
“Cuepacs maintains its stand of not supporting EPF’s plan to increase the age limit for full EPF withdrawals.
“The truth is that the current system is already good enough for EPF members and no issues have ever surfaced.
“Why must EPF bring up this issue with its ongoing research on the matter?
“Instead of discussing age withdrawal limits, it is better for EPF to discuss an increase in dividends,” he told reporters at a press conference in Wisma Cuepacs, Jalan Gajah, off Jalan Yew, here today.
Azih said should EPF contributors be made to choose between full EPF withdrawal at 55 or 60, the decision would be mixed due to potential changes in the future.
“Any decision made now will not be the same as in the future. We might agree to extend the withdrawal age this year, only to make a U-turn on it within the next few years.”
Additionally, he also suggested that a consultative council be established among employees, workers union representatives, employers and EPF to discuss the matter seriously.
“Cuepacs does not agree with the proposal because at the age of 50, EPF contributors also need money to renovate their houses, perform the haj, support their children’s education as well as attend to numerous other commitments.
“Don’t tell me that only at 60 they can withdraw their savings.”
Azih said that EPF need not burden the government further with the proposals and research as the government has other problems to be resolved.
“We’ve received numerous complaints and workers have also grumbled over the matter.
“As such, there should be no drastic measures involved. EPF’s ongoing research is not needed. Consult others first before making a decision.
“In this country, there are 1.6 million government servants, all of whom save their earnings with the EPF. Only 10% choose to remain with EPF while the rest opt for the pensioner’s scheme.”
Azih’s comments came after the EPF on Wednesday forwarded two proposals to its members with regard to their withdrawals.
Its CEO, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, said the first proposal was to extend the withdrawal age from 55 to 60 in stages over 15 years.The withdrawal age would increase by a year every three years.
He said for contributors who were 55 in 2016 to 2018, the age limit for withdrawals remained at 55 and would rise to 56 in the beginning of 2019. By 2031, the withdrawal age would be set at 60.
For the second proposal, withdrawals are maintained at the age of 55 for existing savings and the introduction of withdrawals at 60 for those who continue to work and contribute after the age of 55.
The proposal is to address issues related to retirement savings among contributors in the long run.
Based on EPF’s statistics, 78% of active EPF contributors aged 54 do not achieve basic savings of RM196,800 and 68% of contributors of the same age have savings of less than RM50,000.
Information on the suggestions was made available to the public on the myEPF web portal (www.kwsp.gov.my) starting yesterday.
EPF emphasised that no decision had been made and encouraged contributors to participate in the consultation process.

22 April 2015

PANDANGAN PERIBADI TIDAK HARUS HALANG PENJAWAT AWAM LAKSANA TUGAS - SALLEH

Bernama
21/4/2015



 KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said mengingatkan penjawat awam agar tidak menjadikan perbezaan pandangan dengan kerajaan yang memerintah sebagai penghalang untuk mereka melaksanakan tugas sebaik-sebaiknya.
Salleh berkata dalam sistem pemerintahan demokrasi seperti diamalkan kerajaan Malaysia, semua penjawat awam bertanggungjawab menyokong kerajaan yang memerintah pada ketika itu dengan melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan.

"Pandangan peribadi kita tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk berbuat demikian (melaksanakan segala dasar kerajaan). Tanggungjawab kita ialah memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan negara.

"Jika kita sabotaj atau menghalang usaha-usaha kerajaan maka kita adalah seorang kakitangan yang tidak bertanggungjawab kerana kita bekerja untuk 'government of the day', bukan soal politik kepartian " katanya.

Salleh bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Isu-isu Semasa dan Kesannya Terhadap Pengukuhan Nasional' sempena program Bicara Intelek anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Penerangan Sabah Datuk Almain Ajirul dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Isu-isu disentuh termasuk pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengenai CBP, Salleh berkata penjelasan rasional, berdasarkan realiti sebenar dan mudah mengenai sistem itu perlu dilakukan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan rakyat lebih mudah memahaminya.

-- BERNAMA

21 April 2015

HARAP NAJIB PERTIMBANG NAIK GAJI

Sinar Harian
20/4/2015


  • Azih Muda Azih Muda
KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat melakukan penambahbaikan dalam 252 skim gaji mengikut kesesuaian masa kini.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, maklum balas yang diterima tidak memuaskan terutamanya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuntutan pihaknya sebagai tidak sesuai selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

“Saya berharap agar kerajaan akan mempertimbangkan tuntutan supaya 252 skim gaji dikaji semula dan ditambah baik, termasuklah cadangan menaikkan gaji minimum kakitangan awam sehingga RM1,200 sebulan.

“Sejak kebelakangan ini kita tengok kerajaan menyatakan masa tidak sesuai untuk kenaikan gaji. Soalnya bukan sesuai atau tidak kerana kalau nak kata tidak sesuai, sepanjang masa pun tidak sesuai,”katanya kepada media di majlis penutupan Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Kepenggunaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, semalam.

Menurutnya, jika kerajaan benar mahu menjaga kepentingan penjawat awam rendah, satu usaha yang komprehensif perlu dimulakan sekarang.

Bagaimanapun menurut Azih, pihaknya yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin yang prihatin dan akan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Sebab itu kita harap beliau dapat mengumumkan penambahbaikan 252 skim ini ketika sambutan Hari Pekerja di Kuching, Sarawak pada 1 Mei ini,” katanya.

Terdahulu, Cuepacs menuntut supaya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.

Menurut beliau, gaji yang diterima RM805 sebulan adalah tidak memadai dan berada di tahap yang rendah terutama ketika kos sara hidup melambung tinggi sekarang.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azih turut menggesa kerajaan menarik semula cadangan untuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 46,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak pada 31 Disember depan.

“Kita minta jasa baik Perdana Menteri supaya mempertimbangkan perkara ini memandangkan mereka yang terbabit  kebanyakannya pemegang ijazah dan saya yakin, setelah bekerja dengan kerajaan, mereka  mempunyai komitmen sendiri dalam kehidupan masing-masing.

“Jika perkara ini (penamatan kontrak perkhidmatan) berlaku, tidak mustahil pelbagai isu akan timbul dan mereka akan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerja baharu,” katanya.

IKLAN JAWATAN KOSONG (PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF) KOPERASI PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA





IKLAN JAWATAN KOSONG ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF)

KOPERASI PENJAWAT AWAN 1 MALYSIA
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457



IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat KPA1M  Wisma CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini
A.   PERIHAL JAWATAN :
Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
N27
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
RM1,200.00

B. SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Diploma dari Maktab Koperasi (SKM) atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
ii)  Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
 (iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,

C : UMUR

1.         Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN/ALAMAT PENGHANTARAN RESUME

Resume yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung KPA1M
Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia Bhd. d/a
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

E : TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 8 Mei 2015. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

F : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.