SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Mac 2016

BEKAS PRESIDEN CUEPACS SERU PERKHIDMATAN AWAM LIPAT GANDAKAN USAHA BANGUNKAN NEGARA

Bernama
6/3/2016



KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan awam, yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini, perlu melipatgandakan usahanya untuk mendorong rakyat ke arah menjayakan misi meningkatkan pembangunan negara, kata bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) A. Ragunathan.
Beliau berkata, sebagai pihak yang bebas daripada politik, perkhidmatan awam juga perlu menunaikan tanggungjawabnya secara lebih berdedikasi dan ikhlas, lebih-lebih lagi dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini.

"Saya amat berharap serta berdoa agar negara kita yang indah ini akan terus maju dan mencapai matlamat yang diharapkan iaitu menjadi sebuah negara maju," kata veteran kesatuan sekerja itu kepada Bernama di sini Ahad.

Ragunathan, 80, yang berada di barisan hadapan dalam usaha memajukan perkhidmatan awam dari 1970-an hingga 1990-an, berkata setiap rakyat Malaysia perlu berpadu tenaga dan fikiran untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi dalam mengharungi suasana ekonomi yang mencabar ketika ini.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Aree Tone WoW berkata...

Gaji kecik cm na nk tgkatman perkhidmatan...kena bagi basic RM2000 pd SPM, Rm3000 Diploma, RM4000 Ijazah pasti keja baikkk punya boss hahahaha

Aree Tone WoW berkata...

Gaji kecik cm na nk tgkatman perkhidmatan...kena bagi basic RM2000 pd SPM, Rm3000 Diploma, RM4000 Ijazah pasti keja baikkk punya boss hahahaha

Dr-Vroom berkata...

BETUL TU.. SAYA SETUJU ZULKARNAI HARUN CKP... GAJI MESTI SESUAI DGN STATUS "NEGARA MAJU" KAN KITA NAK MASUK 2020 NI.

Aree Tone WoW berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aree Tone WoW berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.