SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

24 Februari 2016

TUJUH BBDS PERLU PERCEPAT LAKSANA EMPAT FAEDAH DAN SARAAN KERAJAAN

Bernama
23/2/2015


LANGKAWI, 23 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pengurusan tujuh buah Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) untuk mempercepatkan pelaksanaan empat faedah dan saraan pekerjaan yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga tahun lepas.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata empat perkara itu adalah pemberian pencen, penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan pemberian sagu hati tamat perkhidmatan.

Katanya tujuh badan berkanun yang terlibat yang masih belum melaksanakan perkara itu adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

"Cuepacs merakamkan rasa dukacita kerana sehingga hari ini, arahan dan keputusan kerajaan ini belum lagi dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Gabungan Kesatuan Sekerja BBDS di sini hari ini.

Menurutnya kegagalan pelaksanaan saraan-saraan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan anggota kesatuan sekerja itu sama ada pihak pengurusan mereka enggan akur dengan keputusan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Najib.

Azih berkata pengumuman tentang saraan-saraan itu telah dibuat Najib semasa Perhimpunan Perdana BBDS bersama Perdana Menteri yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2013.

Katanya selepas pengumuman itu, perwakilan Kesatuan Sekerja BBDS telah beberapa kali membuat pertemuan susulan dengan pihak pengurusan badan-badan berkanun yang terlibat namun usaha mereka untuk mendapatkan apa yang dituntut itu tidak dapat dicapai sehingga ke hari ini.

Menurutnya Cuepacs bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Najib dalam tempoh terdekat ini untuk meminta campur tangan beliau bagi menyelesaikan perkara ini.

"Cuepacs bimbang kalau keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan tidak dilaksanakan oleh agensi ini, akhirnya mereka (pekerja) akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kita nak kerajaan bertindak dalam masa yang segera, kalau boleh menjelang pertengahan 2016 ini, isu ini dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata faedah dan saraan ini merupakan isu utama yang dibincangkan di dalam konvensyen itu yang dianjurkan oleh gabungan kesatuan sekerja yang mewakili kira-kira 50,000

17 Februari 2016

ELAUN WILAYAH PENJAWAT AWAM BERKHIDMAT DI SARAWAK DITAMBAHBAIK

Bernama
16/2/2016




SARIKEI, 16 Februari (Bernama) -- Elaun wilayah yang dinikmati penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di Sarawak adalah antara antara 231 jenis elaun dalam perkhidmatan awam yang akan ditambah baik selepas 1 Julai tahun ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, penambahbaikan itu adalah selepas perlaksanaan 252 skim perkhidmatan sektor awam pada tarikh tersebut.

Oleh yang demikian beliau berkata, mereka tidak perlu risau dengan desas-desus kononnya elaun wilayah tersebut akan dimansuhkan.

"Kita nak elaun ini ditambahbaik sesuai dengan kompleksiti tanggungan semasa atau liabiliti yang ditanggung oleh penjawat awam yang berkhidmat di merata tempat seluruh negara sama ada di bandar, luar bandar atau pedalaman," katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bicara umum bertajuk "Isu-isu Dalam Perkhidmatan Awam" pada seminar Perkhidmatan Awam yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari bahagian Sarikei dan Sibu di sini hari ini.

Menyentuh isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berharap kerajaan mengkaji semula kadar cukai itu sekiranya perolehan negara meningkat selepas pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) nanti.

Azih berkata, kajian semula itu penting untuk memastikan kadar GST tidak membebankan rakyat termasuk penjawat awam yang kini merasai kesan kenaikan harga barangan.

Katanya, Cuepacs melihat perolehan kerajaan daripada pelaksanaan GST mampu menggantikan kehilangan perolehan kerajaan dari industri petroleum dan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dihapuskan.

"Dengan adanya GST ini kerajaan dapat meneruskan gaji, insentif dan kemudahan-kemudahan lain dinikmati penjawat awam selama ini," katanya.

-- BERNAMA

11 Februari 2016

MEAGRE WAGES FORCING CIVIL SERVANTS TO BORROW FROM 'AH LONG', CUEPACS SAYS

Malaymail
11/2/2016



KUALA LUMPUR, Feb 11 ― Low salaries and rising cost of living are two key factors why over 150,000 or 12 per cent of the civil service have turned to illegal loan sharks or “Ah Longs” for money, the Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (Cuepacs) said.Cuepacs president Datuk Azih Muda said the estimate was based on a random survey conducted among lower grade civil servants aged below 40 who earn under RM3,000 a month.
“They consist of those attached to the security forces, local council and hospital staff, and the lower income earners.“Imagine, if even our security forces are involved with Ah Longs, how are they to focus on keeping the nation secure?” he was quoted saying in a Harian Metro report today.
Azim added that most of the workers in these categories find it hard to get promotions, which he said results in them turning to loan sharks for money.
“When there is no advancement in your career, you lack motivation, the pay is not enough and living cost increases ― this is what drives them to borrow from Ah Longs,” he explained.Meanwhile, the Malaysian Islamic Consumer Association (PPIM) confirmed that over 2,000 civil servants found themselves hunted down by loan sharks over the last three years.PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said most of those involved were from armed forces, followed by enforcement officials and teachers.
“They become targets for Ah Longs because they have fixed monthly salaries and are easy to threaten.
“In most cases, the victims are threatened to settle their high interest rates. If the victim fails to pay according to the schedule or fails to settle the stipulated sum, he or she will be threatened before his department head or superiors,” he was quoted telling the local Malay daily.

01 Februari 2016

CUEPACS MAHU SKIM KHIDMAT KASTAM DITAMBAHBAIK

Bernama
31/1/2016



BUTTERWORTH, 31 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan menambahbaik Skim Perkhidmatan Kastam untuk kumpulan pelaksana jabatan itu sesuai dengan beban dan risiko tugas.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata permintaan tersebut telah dikemukakan oleh Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM), Kesatuan Sekerja Kastam Sabah dan Kesatuan Pegawai Kastam Sarawak.

Katanya, menerusi permintaan itu, pihak Kesatuan mencadangkan supaya klasifikasi gred sedia ada iaitu W untuk kewangan ditukar ke gred KW - Penguatkuasa dan Kewangan - yang bersesuaian dengan bidang tugas anggota Kastam.

"Kertas cadangan juga memohon gred sedia ada W 17, W 22 dan W 26 dinaikkan ke gred KW 29 dengan mewujudkan laluan kerjaya sehingga ke gred KW 40," katanya.

Azih bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan KPKSM di sini hari Ahad.

Katanya, beliau juga berharap agar semua anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapat perlindungan insuran yang dibiayai kerajaan.

"Perlindungan insuran penting untuk semua pegawai khususnya pegawai penguatkuasa yang selalunya berhadapan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Sementara itu, Azih turut meminta kerajaan mengekalkan khidmat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam urusan pemotongan gaji kakitangan awam untuk bayaran balik pinjaman.

Untuk itu, katanya, Cuepacs akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu hadapan.

-- BERNAMA