SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

30 Ogos 2016

PERHEBAT TUNTUT JANJI KERAJAAN

Berita Harian
Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com.my
29/8/2016

SUNGAI BULOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan menunai janji berhubung bayaran empat insentif kepada kakitangan Persatuan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) seperti diumumkan empat tahun lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata ketika Perhimpunan Tujuh Agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) yang berlangsung pada 23 Mac 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan empat insentif kepada kakitangan yang terbabit dalam kategori ini. "Empat imbuhan yang diumumkan itu adalah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan, Saguhati Tamat Perkhidmatan (STP) dan Skim Dana Pencen. "Sudah empat tahun kakitangan PERHEBAT menanti untuk menikmati janji itu. Mereka ingin tahu apakah faktor utama yang membawa kepada masalah itu. "Adakah masih terdekat kelemahan di peringkat birokrasi awam yang bertanggungjawab sehinggakan permasalahan mereka ini tidak dapat diselesaikan sehingga tempohnya menjangkau empat tahun, adakah pengumuman itu dipermainkan dan tidak diambil berat oleh pihak bertanggungjawab kepada PERHEBAT. "Ini adalah satu dasar terbuka dan tindakan pelaksanaan perlu disegerakan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Kesembilan Kesatuan Kakitangan PERHEBAT di sini, hari ini.


29 Ogos 2016

CUEPACS: PERTIMBANG BERI BONUS DUA BULAN GAJI

Sinar Harian
28/8/2016

PASIR PUTEH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan Perdana Menteri.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.
Katanya, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.
"Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.
"Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, hari ini.
Azih berkata, beliau bersimpati dengan nasib lima peratus daripada penjawat awam yang hampir bersara tetapi belum mampu memiliki rumah sendiri gaji mereka hanya cukup untuk pengurusan harian dan anak-anak sahaja.
"Hasil kajian Cuepacs, kita mendapati dua faktor yang menyebabkan kakitangan awam gagal memiliki rumah sendiri disebabkan bilangan anak yang terlalu ramai selain dibebani hutang dengan institusi kewangan tertentu untuk menampung keperluan semasa.
"Kita berusaha membantu menyelesaikan perkara ini dan berharap masalah diselesaikan menerusi skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk menyediakan kediaman secara sewa beli kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan membuka peluang untuk mendapatkan peluang memiliki rumah menerusi Syarikat Perumahan Negara," katanya.
Beliau juga memina Akta Perlindungan Guru dipercepatkan dalam usaha membela nasib guru yang sering terdedah dengan pelbagai masalah termasuk saman daripada ibu bapa dan sebagainya.
"Penyediaan khidmat guaman adalah satu penghormatan kepada guru kerana kerjaya pendidikan perlu mendapat pembelaan sewajarnya.
"Soal pelanggaran undang-undang oleh guru, itu soal lain, tapi dalam perkaran membabitkan bidang kerjaya, guru diberi kemudahan membela dan mempertahankan diri," katanya

MERAKYATKAN AMANAT AMANAH MERDEKA

Bernama
28/8/2016
Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kita sedar tidak di semua negara rakyatnya dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman. Lihat sahaja di Syria mahupun Palestin. Rakyat hidup dalam ketakutan dan menjadi pelarian di negara sendiri.

Di negara ini, setiap hari berduyun-duyun rakyat keluar mencari rezeki dengan bebas tanpa sebarang halangan. Ada yang berkereta, menunggang motorsikal, menaiki kenderaan awam mahupun berjalan kaki. Segalanya tersedia di hadapan mata dan terpulang kepada si empunya diri memilihnya.

Semua ini adalah hasil daripada nikmat kemakmuran kemerdekaan. Namun berapa ramai yang berusaha memainkan peranan mempertahankannya kerana kita sedar memgekalkan sebuah kemerdekaan itu lebih sukar daripada memperjuangkannya.

MENJAGA AMANAH MERDEKA
Masih ramai yang tidak sedar bahawa kemerdekaan itu satu amanah. Ia perlu diurus, ditadbir dan dilaksanakan dengan sepenuh kecintaan bagi memastikan kelangsungannya sampai bila-bila.

Setiap daripada kita berperanan mempertahankannya.

Perdana Menteri pemegang amanah utama bertanggungjawab menjaga kemerdekaan negara dan rakyat juga harus bersama-sama memegang amanah dengan memainkan peranan masing-masing dengan menyubur dan menterjemahkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

Begitu juga belia yang menjadi penentu masa hadapan negara, boleh menterjemahkan rasa syukur dengan kemerdekaan melalui pelbagai cara yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya malah negara, menurut Ahli Parlimen Belia yang juga Tokoh Belia Negara, Suhail Mohamed Kamaruddin.

Jika mereka seorang pelajar, mereka boleh belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya boleh memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan negara kerana untuk mengekalkan kemerdekaan yang ada mestilah dengan ilmu yang cukup.

Belia yang masih belajar boleh mengharumkan nama negara dengan pencapaian cemerlang mereka dalam akademik atau kajian yang dilakukan kerana kemuliaan sesebuah tamadun hanya apabila rakyat negaranya berilmu dan berjaya.

"Sekiranya belia tersebut sudah bekerja, maka bekerjalah dengan bersungguh-sungguh penuh integriti dan menggunakan segala kreativiti yang ada untuk menghasilkan produktiviti yang baik dan bermanfaat.

"Pekerja yang baik akan dapat memberikan hasil dan pendapatan negara yang banyak dan hasil itu akan dapat membantu negara mengekalkan kemerdekaan dan memajukan bangsanya," katanya kepada Bernama.

PENTINGNYA MERDEKA
Makna perkataan merdeka yang memberi maksud yang sangat luas bagi membina negara bangsa harus meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajahan dalam bentuk fizikal dan mental terutama membebaskan daripada segala anasir yang mengawal kita termasuk jiwa, minda dan ekonomi, demikian menurut Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

"Membentuk minda dan jiwa merdeka harus difahami kepentingannya kerana penjajahan pemikiran dan ideolgi lebih berbahaya. Kita tidak mahu hanya negara sahaja merdeka tetapi sentiasa rasa tidak puas hati pada sesuatu isu dan sanggup menghianati negara," katanya jiwa merdeka harus menerima apa yang berlaku dan menghayati susah senang perjuangan terdahulu dalam usaha mempertahankan kemerdekaan.

Beliau berkata, generasi selepas merdeka, yang lahir ketika negara sudah mencapai kemajuan menjadi tunjang dalam mempertahankan kemerdekaan dan perlu mengisi kemerdekaan dengan perkara yang bermanfaat kepada bangsa dan negara.

Jika tidak melalui peperangan atau ideologi, jangan sesekali kita membenarkan diri dijajah dari segi mental, fizikal mahupun budaya kerana kita harus memerdekakan segala-galanya, jelas beliau lagi.

"Paling penting, dalam negara demokrasi adalah pemimpin yang dipilih rakyat. Sudah tentu ucapan Perdana Menteri ketika memberi Amanat Merdeka yang harus diikuti sebagai model.

"Jangan menilai suka atau tidak kepada pemimpin itu tetapi menilai dan mengambil intipati yang disampaikan Perdana Menteri dalam memperkatakan erti kemerdekaan dalam amanat yang disampaikan," katanya.

AMANAT MERDEKA
Tahun ini adalah tahun ketiga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Amanat Merdeka secara langsung kepada rakyat yang akan disiarkan di kaca televisyen.

Format baharu menggantikan rakaman perutusan merdeka yang disiarkan setiap tahun lebih dekat kepada rakyat untuk bersama-sama mengenang dan menghayati makna kemerdekaan.

Ia merupakan antara empat amanat terpenting oleh Perdana Menteri selepas pembentangan belanjawan, ucapan presiden semasa Perhimpunan Agong Umno dan pembentangan laporan Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menurut Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

"Tujuannya agar dapat merakyatkan Amanat Merdeka ini supaya menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat sepertimana rakyat menunggu pembentangan belanjawan setiap tahun.

"Ini penting untuk mendengar sendiri Perdana Menteri sebagai pemimpin utama negara yang menjaga amanah kemerdekaan memperkatakan tentang hala tuju negara dalam mengekal dan mempertahan kemerdekaan," katanya penyampaian Amanat Merdeka Perdana Menteri itu akan berlangsung di PWTC pada malam ambang merdeka 30 Ogos.

Antara yang menjadi fokus utama sudah tentu aspek perpaduan dan kesatuan semenanjung, Sabah dan Sarawak serta menyemai kesedaran dalam kalangan rakyat bagi memperkukuhkan perpaduan serta pencapaian-pencapaian yang telah dinikmati Malaysia pada hari ini.

Bernama sebagai penganjur buat kali ketiga berharap ia bukan sahaja dapat menguar-uarkan sebelum dan semasa amanat itu dibacakan tetapi dapat disusuli dengan pelbagai perbincangan daripada apa yang diperkatakan Perdana Menteri, katanya.

BERNAMA

27 Ogos 2016

PENYERTAAN WANITA DALAM TENAGA BURUH DI NEGARA INI MENINGKAT

Bernama
27/8/2016

SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) -- Penyertaan wanita dalam tenaga buruh di negara ini telah meningkat daripada 46 peratus pada tahun 2008 kepada 54 peratus pada tahun 2015, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata bagi sektor awam, kadar pencapaian telah melebihi sasaran 57.2 peratus manakala bilangan penjawat awam wanita yang berada di dalam pengurusan tertinggi juga telah mencapai 34 peratus.

"Namun, pencapaian di dalam sektor korporat pada tahun 2015 agak ketinggalan sedikit dengan hanya 26 peratus wanita berada dalam pengurusan tertinggi bagi keseluruhan syarikat tersenarai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Wanita peringkat Negeri Sembilan 2016 di Dewan Tuanku Aishah Rohani di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isterinya yang juga Yang DiPertua Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata 'Hays Asia Salary Guide 2015,' melaporkan di Malaysia sebanyak 34 peratus jawatan pengurusan telah diisi oleh wanita berbanding 36 peratus di China, 31 peratus di Hong Kong dan 27 peratus di Singapura.

"Yang membanggakan, peratus ini telah menjadikan Malaysia menduduki tangga kedua di rantau Asia selepas China. Jika kita lihat senario status wanita pada masa kini, saya percaya pelbagai pihak telah memainkan peranan yang cukup penting agar wanita di negara ini mengoptimumkan keupayaan mereka dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

"Saya yakin peranan pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga korporat telah bersama-sama mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara," katanya.

Rosmah berkata bagi pihak kerajaan, agenda memperkasa wanita merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia sejak awal 80-an dan beliau yakin agenda itu akan membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 di bawah program Transformasi Ekonomi.

Katanya usaha itu diperkemas melalui penubuhan Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita yang memainkan peranan penting sebagai penasihat kerajaan dan badan perundingan untuk memperkasakan wanita selaras dengan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan bagi kemajuan wanita.

"Di samping itu, saya turut memuji inisiatif digerakkan kerajaan seperti Program Kembali Bekerjaya, yang memberi insentif kepada pihak majikan untuk mengekalkan wanita yang telah berhenti kerja sementara waktu. Di bawah program ini, 200 profesional wanita telah kembali kepada tenaga kerja.

"Begitu juga dengan pewujudan 'FlexWorkLife' di mana majikan telah menetapkan aturan kerja yang fleksibel kepada wanita yang mempunyai komitmen anak-anak dan keluarga," katanya.

Rosmah bagaimanapun berkata beliau berasa sedikit kecewa memandangkan kurang daripada 30 peratus syarikat di Malaysia yang menawarkan aturan kerja fleksibel.

"Dari itu, saya berharap agar para majikan dapat menyambut baik inisiatif ini agar wanita dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Katanya ini adalah bukti yang jelas bahawa Malaysia amat menitikberatkan kesaksamaan hak dan menghalang sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita.

Pada majlis itu, tokoh 'Gelang Kemerdekaan' Datuk Siti Rahmah Kassim, 90, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Wanita Negeri Sembilan 2016.

Wanita kelahiran Batu Hampar, Rembau itu menerima cek RM15,000, selempang, plak dan sijil.

-- BERNAMA

22 Ogos 2016

GIAT MARA TOLAK CADANGAN NAIK UMUR BERSARA PENJAWAT AWAM

Bernama
21/8/2016


IPOH, 21 Ogos (Bernama) -- Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Pengerusi Giat Mara, Datuk Azian Osman berkata cadangan tersebut perlu ditolak kerana ia bakal melambatkan proses kenaikan pangkat bagi kakitangan lain dan menyekat peluang pekerjaan khususnya kepada lepasan institusi pengajian tinggi.

"Sebelum ini kita menyokong tindakan kerajaan menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60, tetapi bila dicadangkan naik sehingga 62 tahun, ia keterlaluan

16 Ogos 2016

BERBILION RINGGIT DIJIMATKAN MENERUSI NBOS, KATA NAJIB

Bernama
16/8/2016



PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pusat Transformasi Bandar (UTC), antara kejayaan NBOS, membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion dengan mengubah suai dan menyusun semula bangunan sedia ada yang kurang dimanfaatkan pada kos serendah mungkin, katanya.

"Kerajaan menyediakan perkhidmatan baharu dan perlu untuk rakyat, dan menjimatkan wang. Malah, dengan tidak membina dari mula, kita menyelamatkan RM100 juta bagi setiap UTC," katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

UTC ialah pusat sehenti yang dibuka di seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari 8 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata 35.3 juta pengunjung memanfaatkan UTC antara Jun 2012 dan Julai 2016.

Selain UTC, beliau berkata penugasan semula kira-kira 7,400 anggota polis di barisan hadapan keselamatan negara daripada tugasan di pejabat, turut menjimatkan sebahagian besar wang kerajaan.

"Menerusi penugasan semula, dan tidak mengambil anggota baharu, latihan dan membayar gaji pegawai baharu, kerajaan menyelamatkan RM1.3 bilion.

"Jika tidak, kerajaan perlu berbelanja, manakala tugasan pejabat diisi oleh penjawat awam dari jabatan lain, yang memerlukan penyelarasan dilakukan," katanya.

Najib juga berkata latihan bersama dan kerjasama antara polis dan angkatan tentera menerusi inisiatif NBOS, memberi manfaat besar terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan, dengan tidak perlu membina pusat-pusat latihan polis yang baharu.

"Hakikatnya, kita nampak prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan memberi impak yang tinggi pada kos rendah dan pelaksanaan tindakan yang pantas," katanya.

-- BERNAMA

10 Ogos 2016

CUEPACS : LIFT FREEZE ON NEW RECRUITS

The Star

PUTRAJAYA: With global oil prices showing a recovery, the civil servants’ union has urged the Government to retract a circular which prevents the hiring of new recruits.
Cuepacs president Datuk Azih Muda said the Treasury circular titled “Government expenditure optimising measures guidelines” was introduced when the oil price was very low as a cost-cutting exercise.
“When the circular was issued, the price of oil went down to about US$35 (RM141.42) per barrel. Today, the price has gone back up. There are also signs that Malaysia is not too affected by the global economic downturn due to other instruments.
“So we think the Government can revoke the circular and lift the freeze on hiring new recruits, creating new posts and giving promotions.
“The decision in the circular to reduce the issuance of uniform to officers should also be revoked. An officer needs at least three sets of uniforms a year. At present, some are only given just one for a whole year. How can you wear only one for the rest of the year?
“We are heading towards developed nation status in 2020 and the Government should retract this circular so the civil service can become more competitive,” said Azih at a press conference after a Cuepacs briefing with Treasury staff here.
Meanwhile, Azih thanked the Government for announcing the RM500 special financial aid for civil servants in conjunction with the Hari Raya celebration.
“Even though we had requested for a month’s salary bonus, we are grateful that we can still receive RM500 aid, as we understand the Government’s financial ability.
“This aid shows that the Government appreciates the work of the civil service and we hope all civil servants will continue to improve their performance and productivity,” said Azih.
On another matter, Azih commended the Education Ministry’s decision to award matri­culation graduates with certificates.
“This is a recognition to those who completed matriculation studies. At present, civil servants who graduated from matriculation programmes are only hired as SPM leavers. They should be on par with STPM leavers,” said Azih.

KERAJAAN BELUM PUTUS KELUARKAN PEKELILING KHUSUS POKEMON GO, KATA KSN

Bernama
9/8/2015


PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Kerajaan belum memutuskan untuk mengeluarkan pekeliling khusus berkaitan permainan Pokemon Go untuk penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau menegaskan penjawat awam tidak dibenarkan bermain apa-apa permainan termasuk permainan dalam talian pada waktu bekerja.

"Kita tunggu... kita akan lihat dulu apakah impaknya," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengeluarkan pekeliling berhubung permainan itu untuk penjawat awam.....

08 Ogos 2016

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN PERALATAN CENDERHATI BIL. 3/2016 ( LANJUTKAN MASA SEBUTHARGA)

Media CUEPACS
18/7/2016





KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN
KERJA-KERJA BEKALAN PERALATAN CENDERHATI BAGI KEGUNAAN CUEPACS
NO SEBUTHARGA : BIL 3/2016                                                  Tarikh : 18 Julai 2016


KEPADA :
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew, Pudu
55100 Kuala Lumpur.
1.    Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.    Tarikh tutup sebutharga hendaklah diserahkan pada : 15 Ogos 2016 sebelum jam 12.00 tengahari di Peti Sebutharga yang diletakkan Ibu Pejabat, Tingkat 1 Wisma CUEPACS Kuala Lumpur.

3.    Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.3/2016.

4.    Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

5.    Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

6.    Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

7.    Sebutharga hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

8.    Semua perbekalan peralatan hendaklah di cetak dengan Logo CUEPACS dan di tulis Persidangan Tritahunan CUEPACS ke-27.

9.    Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.
BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA PUKAL (RM)
1.
Beg Persidangan
2000 unit

2.
Buku Nota Eksekutif Saiz A5
2000 unit

3.
Ball Pen
2000 unit

4.
Key Chain
2000 unit


JUMLAH SEBUTHARGA

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia ….………….....................................……………………………………………………………………………………………………………...........................................................................
Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..
 [Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 
Nama penuh pengurus                     : ……………………..........................………………….
Tandatangan dan cop pembekal    : ………………………………………...........................
Alamat                                                : ……………………………………………………….….
  .………………………………………………….………
No. Telefon                                        : …………………………………………………….…….
Tarikh                                                 : ………………………..……………………….………..